Wednesday, June 22, 2011

JALAN-JALAN JEJAK BOTOL SAMBIL MAKAN EPISOD 3 (AKHIR).

Maka setelah menolak pintu zink di ceruk kilang ini maka terpancullah permandangan yang amat indah. Perasaan berdebar-debar yang telah lama aku tak rasakan kini aku rasakan dengan degupan jantung yang kuat tapi stabil! En. Mat kita memang terpegun dengan permandangan ini maka terus diterkamnya. Dan inilah 'posing' terwawal En. Mat dilokasi yang indah ini.


Bergambar bersama botol-botol dan peti kayu.
En. Mat berposing hampir memeluk peti-peti kayu ni.
'Best' ya En. Mat??!


Aku dan Nazrin tanpa berlengah lagi mengatur strategi bagaimana nak menurunkan peti-peti kayu berisi botol yang hampir tumbang ni. Maka tangga dan kayu beluti menjadi peralatan penting untuk menjayakan proses eskavakasi kali ini.


Proses menurunkan peti-peti kayu dimulakan.

Kalau anda lihat pada gambar di atas peti-peti kayu ini hampir runtuh dan hanya bersandar kepada dinding zink, jadi apa yang perlu dibuat ialah dengan membuang botol-botol kaca yang berat dari peti kayu ini terlebih dahulu. Nazrin cuba menahan peti-peti ini dari terus tumbang dengan menahan menggunakan kayu beluti panjang.


Peti-peti kayu Coke dan Sinalco
memang menjadi idaman kami.

Hasil dari proses pemindahan botol-botol dari peti kayu.


En. Mat memeriksa peti-peti kayu bak
pegawai melakukan 'Quality Control'!



En. Mat menyusun peti-peti kayu sebelum dipunggah keluar.


Hasil dari proses 'membaraikan' kilang air lamned ini.


Agak lumayan peti-peti kayu yang kami perolehi kali ini.


Botol yang mungkin biasa di kalangan
ahli botologi iaitu Kisco, tetapi peti kayunya
aku anggap sukar diperolehi sekarang.


Peti kayu Rc Cola juga turut dijumpai.


Setelah letih melayan peti-peti kayu ini kami berehat seketika sambil 'pekena' air lamned! Fuhh! memang menyegarkan! Nazrin dan En. Mat memang tak lepaskan peluang!


'Tonggang'!


En. Mat dan Nazrin menikmati air soda
kampung dengan gas-gas halus menggaru tekak
sambil diperhatikan oleh Mukhlis.


Mukhlis dan kawan seperjuangannya, apa namanya entah,
tapi biar aku namakan saja dia ni Biber anak Jastin,
memberi pos yang menarik disamping
peti-peti kayu yang telah ditawan.


En. Mat tak melepaskan peluang bergambar
di samping 'harta' yang diperolehi.


Aku biasa la.. Baring!!


Nazrin tersenyum puas dengan hasil kali ini.


Biber sedang memunggah peti kayu ke dalam kereta.
En. Mat dan Nazrin tengok je la.. Dah pancit!


Mukhlis dan Biber memang memberi kerjasama
yang amat baik! Terima kasih bro!!


Kereta hampir penuh dengan peti-peti kayu.


Aku dan Nazrin bergambar kenangan
bersama Muklis dan Biber anak Jastin.


Setelah selesai memunggah barang semua maka kami beredar dari kilang, hari dah makin gelap. Balik hotel mandi, lepas mandi perut masing-masing dah berkeroncong balik! Dah tiba masanya untuk 'pekena' masakan siam yang lazat iaitu 'Ayam Mango'! Apa itu ayam mango?? Alah nama je dasyat tapi sebenarnya ayam goreng celup tepung digaul dengan kerabu mangga! Tapi rasanya perghh!! Memang sedap!! Memang balik KL teringat-ingat!!


'Ayam Mango' Ini masakan untuk 6 orang..
tapi kami bertiga ibarat 6 orang!




Licin beb!

Maka berakhirlah jalan-jalan cari botol sambil makan kali ini. Kiranya hasil kali ini selain dari botol dapatlah juga kami peti-peti kayu lama yang semakin pupus sekarang. Balik KL dengan muka 'atak sinyum'!! Peti-peti kayu ini perlu dicuci dan dicelup ubat anai-anai dan akhir sekali disembur dengan 'Lacker Spray' atay 'Clear Spray' untuk mengekalkan kondisi peti kayu ini agar tidak bertambah reput. Sandarkan je peti-peti kayu ni pada dinding dah cukup menarik bagi aku, tak payah nak isi botol pun. Ini lah kalau dah terjebak minat dengan benda-benda lama ni, kayu buruk pun nampak lawa! Peti-peti kayu sebegini pada aku memang menarik kerana ia berkait rapat dengan strategi pengiklanan dan cara pengiklanan masa dulu ni amat menarik kerana penggunaan bahan-bahan semula jadi, penggunaan warna yang menyerlah dan cara penyusunan perkataan yang begitu menarik perhatian, tidak seperti sekarang penggunaan peti plastik untuk mengisi botol-botol soda ini mempercepatkan botol-botol kaca ini menjadi lusuh dan tercalar kerana peti plastik ini lebih keras dan tajam.




Kenangan indah kami bertiga..

Apa-apa pun pemburuan untuk mencari botol-botol soda Malaya yang hebat-hebat ini tetap diteruskan, moga-moga ada lagi tempat-tempat persembunyian 'harta karun' ini dapat dibongkar di masa hadapan. Mari kita bersama-sama keluarkan dan pamerkan khazanah tanah air kita yang memang menarik ini. Pencarian diteruskan..

16 comments:

  1. bro,dag...dig..dug juga dengupan jantung tengok susunan botol hampir tumbang,sebab tu lah kot en.mat terkam untuk mengelakkan dari tumbang,hahaha.

    ReplyDelete
  2. wah...citer yg menarik! mmg bes bc smbil tgk gmbr2 yg ada dlm entri ni. syabas en megat! mmg bes!

    ReplyDelete
  3. nasik kerabu ayam mangga tu tengok, fuhhhh mmg sedap!

    ReplyDelete
  4. mcm dpt botol coke no ribbon sepeti je tu bro...hehehe

    ReplyDelete
  5. Bro BG.. Kalau kau pun berdebar maknanya semangat masih tebal la tu.. En.Mat peluk sbab rindu tu bro! Hahaa!

    Miss Anaz.. Kumpul botol ni memang minat yang unik tapi sekarang dah makin ramai yang berkongsi minat yang sama.

    Santri T.P.I.N.I.. Terima kasih.. Kerabu mangga tu memang sedap! Kalau pegi sana kat jalan Gajah Mati, Kota Bharu. Tak sabar rasanya nak pekena lagi!

    Roha.. Banyookk!!!

    wangseggetjb.. this best bro!!

    puppet.. Memang la bro..

    ReplyDelete
  6. SYABAS BRO! Tumpang geram dengan hasil dan juga lauk pauk, teruskan usaha! TERUSKAN USAHA!

    ReplyDelete
  7. iaryylr.. Hehe! Kota Bharu, food heaven! Tq bro!!

    ReplyDelete
  8. Peh!...teman kagum dgn mike bertiga, best giler

    ReplyDelete
  9. Lan.. atey.. makan pun best gileyy!!

    ReplyDelete
  10. mak suke mak suke...terbaekk

    ReplyDelete
  11. En mat nak royalti , filem en mat jalan jalan cari pasal (cari makan) dan cari crate ada tiga episode dan meletop di pasaran, hero mengalahkan shaheizy sam ... ha ha ha

    ReplyDelete
  12. en mat.. nanti kita congak-congak royalti tu masa sesi minum teh nanti!! hahaa..

    ReplyDelete