Sun Valley, mungkin ramai yang tak tahu tentang kewujudan botol pati ni dan mungkin juga tak ramai yang tahu yang cordial Sun Valley ni adalah salah satu produk dari F&N Coca-Cola! Kilang F&NCC seksyen 26 Shah Alam yang mengeluarkan cordial ni sekitar tahun 90an dulu. Kalau cordial F&N ni memang tak lari dari trademarknya iaitu botolnya mesti ada hiasan daun-daun embossed. Kenapa kita jarang atau tak pernah lihat botol ni di sini satu ketika dulu?? Ini kerana botol cordial ni di buat untuk pasaran Sarawak dan Sabah. Aku pun tak tau kenapa kat sini tidak di pasarkan atau mungkin aku je yang tak pernah nampak?? Apa-apa pun geng-geng botologi yang duk kumpul botol cordial F&N ni nak kena adalah jugak botol ni untuk melengkapkan variasi botol cordial anda semua. Tapi sayang, aku pun ada sebiji je botol ni, mungkin ada di kalangan ahli botologi yang ada extra botol ni hulur-hulurlah bantuan, kawan-kawan ramai yang nak ni!
SUN VALLEY
Corak-corak daun pada botol.
Sun Valley ni memang kurang popular di semenanjung, orang jaman dulu, kalau beraya mesti nak kena ada FN orange squash,kalau tidak raya tak lengkap, termasuk family aku.
ReplyDeleteSama la kita...dlu mak sy klu nk msuj bln pose msti beli sirap sun valley. Rasa dlu lg sdp sirapnya dr skrg ni. Yg sy paling suka background pic ni mmg sesuai...pemandangan matahari lembah...rindu botol lama.
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSun Valley ni famous kat Sarawak, tak silap aku dulu2 Sun Valley jerlah brand yg paling famous, mana ada brand lain. Aku dah tak nampak botol ni kat sana, rasanya dah tukar pakai botol plastik kot. Air oren dia siap ada isi oren lagi, sedap diteguk lepas balik sekolah :)
ReplyDeleteAku pun nak carik dalam setor :)
ReplyDeleteAwk ada lg ke botol sun valley yg lama. Sy suka background picnya...msti tringat masa puasa.
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteYe la Che Mat, FR.. aku tak pernah nampak kat sini, kira special jugak la kan Sarawak & Sabah ni??? heheh!
ReplyDeletehahhahaa.. bruntong lerr sape yg dapat tu..
ReplyDeleteHahaha! beruntunglah sapa yang dapat botol yang ditukar dengan botol cordial tuu!
ReplyDeletefrightrice...
ReplyDeletePinjam ayat ngko ' Sedap teguk ' time berpuasa.... haa..haaa....