Showing posts with label Peti Kayu. Show all posts
Showing posts with label Peti Kayu. Show all posts

Thursday, October 13, 2011

PETI KAYU JAWI.

Selalunya apabila terjumpa peti kayu botol wajib ada yang bertulisan rumi. Tulisan cina juga selalu kita lihat pada peti-peti kayu contohnya seperti, Coca-Cola, Mirinda, Pepsi, Sinalco. Semua tulisan-tulisan ini memainkan peranan penting khususnya jika kita hendak ketahui dari mana asal peti ini dan di mana ianya dipasarkan. Selalunya yang bertulisan rumi dan cina menunujukkan ianya pasaran tempatan berdasarkan pengalaman aku memburu benda-benda ini. Lainlah kalau terjumpa yang bertulisan Siam atau Rusia, dah sah-sah bukan keluaran tempatan!

Salah satu jenama yang ingin menarik perhatian orang melayu pada waktu dulu adalah Long Chan dari Melaka. Ini kerana aku rasa jenama inilah satu-satunya yang menggunakan tulisan jawi sebagai strategi pengiklanan. Mungkin ada lagi jenama lain yang menggunakan tulisan jawi cuma aku tak pernah jumpa. Kalau dilihat pada botol Long Chan juga terdapat tulisan-tulisan jawi dan variasi botol Long Chan ini dibezakan oleh tulisan jawinya juga. Aku anggarkan peti kayu ini di keluarkan sekitar tahun 60an berdasarkan pengikat dawai yang digunakan di tepi untuk mengukuhkan lagi peti ini. Penggunaan zink sebagai pengukuh selalunya terdapat pada peti keluaran tahun 70an ke atas. Kondisi agak cemerlang untuk peti yang telah berumur 50 tahun ini cuma tulisan di bahagian tepi sudah pudar. Siapa pandai baca jawi??


Peti kayu Long Chan dengan tulisan Jawi.


Perkataan di bahagian atas tertera: Cap ayam dan dunia..
(Yang ni aku pasti sebab ayam 'bapak' tu duk bertenggek atas bumi!)
Perkataan di bahagian bawah tertera:
Eerr.. Limuu.. limu.. limau.. Kit.. Limau kita!! Limau kita?? Betul ke??

Tolong sesiapa yang pakar tulisan jawi ala 60an bacakan makna perkataan di bahagian bawah tu?? Beku otak aku memikir...

Wednesday, September 14, 2011

PETI KAYU KUNING 'MINUM-LAH'

Sudah lama aku tak bersiaran, makhlumlah berhari raya sakan, baru minggu ni keadaan agak reda sikit dari melayan 'open house' di rumah kawan-kawan. Balik kepada tajuk di atas, bila sebut sahaja pasal variasi sudah tentu ramai pengumpul terutama yang mengumpul botol, gelas atau yang seangkatan dengannya akan cenderung untuk mencari variasi sesuatu barangan yang dikumpul samada dengan sengaja atau tidak termasuklah aku. Variasi atau siri sesuatu barangan yang aku maksudkan sebagai contoh botol. Misalnya botol Coca-Cola, apabila telah menjumpai sesuatu model atau jenis kita tidak akan berhenti di situ sahaja, kita akan cenderung untuk mencari lagi jenis-jenis lain samada perbezaan dari sudut bentuk atau grafik pada botol itu. Aku selalu tertarik kepada perbezaan grafik pada botol kerana perbezaan ini selalunya berkait rapat dengan tarikh atau masa barangan itu dikeluarkan, semakin lama semakin berbeza kerana cara pengiklanan diubah mengikut kesesuaian masa.

Kali ini aku bukan hendak bercerita tentang botol, tetapi peti kayu untuk mengisi botol(Crate).
Sejak awal menjerumuskan diri dalam mengumpul botol ini satu jenis peti kayu sahaja dari jenama Coca-Cola yang aku tahu iaitu yang berwarna merah bertulisan putih. Makin lama beberapa variasi lain aku jumpai dengan tidak sengaja. Semenjak dari itu pemburuan untuk variasi yang lain menjadi fokus aku. Apa yang aku tahu setelah lama dalam bidang ini, peti kayu Coca-Cola yang berwarna kuning adalah lebih lama dari yang berwarna merah seperti gambar di bawah. Jika kita lihat peti kayu dari barat pun antara peti kayu yang terawal adalah yang berwarna kuning bertulisan merah.

Apa yang menarik tentang peti ini adalah tulisan grafiknya yang tertulis 'MINUM-LAH'. Jika sebelum ini peti yang aku jumpai yang berwarna kuning tertera 'Drink' dan aku sama sekali tidak menyangka tulisan dalam bahasa melayu wujud pada peti berwarna kuning ini. Aku anggarkan tahun peti ini dikeluarkan antara tahun 60an keatas berpandukan kepada cetakan grafik pada tepi peti ini yang tertera 'Property of Lion (Malaya) Ltd'. Ini kerana perkataan 'Ltd' atau 'Limited' tidak lagi digunakan pada peti kayu yang dikeluarkan dalam tahun 70an keatas dimana ia telah digantikan degan perkatan 'Sdn. Bhd'(Sendirian Berhad) atau gabungan 'Pte. Ltd'. Aku juga pernah menjumpai peti F&N yang tertera tahun dikeluarkan iaitu 1964 yang juga menggunakan perkataan 'Ltd' dan dari situlah aku menganggarkan tahun keluaran peti ini. Mari kita layan gambar peti kayu Coca-Cola tempatan yang menarik ini.


Peti kayu Coca-Cola kuning, 'MINUM-LAH'.


Tulisan 'MINUM-LAH' yang agak lonjong atau tinggi.
Sesuatu yang jarang kita lihat pada peti kayu Coca-Cola tempatan.


Tulisan Cina di bahagian belakang.



Tertera 'PROPERTY OF LION (MALAYAN) LTD.




Jelas kelihatan kesan kehausan dari tapak botol.


Cuma yang aku masih musykil ialah peti ini digunakan untuk mengisi botol Coca-Cola tempatan dari variasi yang mana?? Adakah botol bertulisan putih yang terawal?? Masih dalam siasatan aku..

Monday, August 8, 2011

KACUK!!

Suatu hari dalam bulan puasa di kilang air botol terkemuka di tanah air..

Kelihatan seorang 'supervisor' bahagian penghantaran botol sedang berlari tercungap-cungap sambil mengepit fail menuju ke sebuah stor tempat menyimpan peti kayu botol(crate).

Supervisor : Lamli! Lamli!(Ramli, bukan nama sebenar). Aiyya! Lamli aaa!!!

Kelihatan seorang 'brader' ni terjengkot-jengkot keluar dari stor.

Ramli tukang: Ya! Ya! Mr. Yap!!(Bukan nama sebenar) ada apa??

Supervisor : Aiyya! Lamli! Apa bikin gua atak cium bau asap lokok?? Talak puasa ka??

Ramli tukang: Eh! Eh! Mr.Yap.. tadak la.. itu bau asap ubat nyamuk la, dalam stor banyak nyamuk, saya pasang ubat nyamuk laa! Eh! Ada apa ni Mr. Yap??

Supervisor: Itu maciam ka?? Eh! Lamli aa.. itu loli(lori) suda mau yalan oo! Itu peti kayu lagi satu biji talak cukup oo!! Lagi dua plu ampat biji botot(botol) mau angkat oo!!

Ramli tukang: Haiyya! Mr. Yap! tadi pagi saya sudah hantar sedozen peti yang baru baiki punya! semalam kan Mr. Yap sudah cakap sama saya??! Tadi pagi lagi sudah 'settle' la itu peti semua, saya sudah hantar ke depan!

Supervisor: Aiyya! Lamli! Lu hantar belapa mijik?? Saya ciakap satu tozen! satu tozen mau lipey!(repair).

Ramli tukang: Ya la! Saya hantar satu dozen la Mr. Yap!

Supervisor: Simalam gua bilang satu peti lu lipey gua kasi tiga plu sen! gua suda kasi 'advance' sama lu simalam tiga linggit anam plu sen maa!! Lu bahagi tiga linggit anam plu sen sama tiga plu sen jadi blapa??

Sambil mengira-ngira dengan jari..

Ramli tukang: Err!! err! dua belas Mr. Yap!

Supervisor: Haiiyyaa!! dua belat laa!! Lu kasi hantat sebelat(sebelas) apa pasaat!!?? Sikalang itu loli tableh yalan oo! Lagi satu peti talak cukup!!

Ramli tukang: Alamak! sori Mr.Yap! saya silap kira la tadi!! Biasa la bulan-bulan puasa ni, ilmu hisab lembab sikit..!

Supervisor: Lamli cipat angkat satu peti lagi sikalang, pigi hantar depan!

Ramli tukang: Mana ada peti lagi Mr. Yap!?? Yang ada semua pecah-pecah!

Supervisor: Gua tatak kila! lagi saplo minit gua mau itu loli yalan! Lu talak angkat itu peti, gua potong lu punya gaji!!

Ramli tukang tertelan air liur mendengar 'statement' Mr.Yap..

Ramli tukang: Ba.. ba.. baik Mr.Yap, sekarang jugak saya cari lagi sebijik!

Ramli tukang terus berlari masuk kedalam stor. Mr. Yap terus berlalu dengan muka garang campur cemas.. Cemas sebab takut orang atas pulak maki!

Ramli tukang: (Dalam hati) Alamak! mampus aku! Mana nak cari peti lagi ni, yang ada semua pecah-pecah je ni!

Ramli tukang tercangkung-cangkung membelek-belek peti kayu yang bersepah-sepah tu tapi tak cukup sifat. Tak sampai lima minit dia terjumpa satu peti kayu yang tinggal sebelah tiada dinding.

Ramli tukang:(Dalam hati) Haa.. ni boleh ni, tinggal aku kena cari sekeping papan lagi nak tutup ni.

Cari punya cari akhirnya Ramli tukang terserempak juga dengan sekeping papan dari peti kayu tapi masalahnya papan peti kayu tu jenamanya tak sama dengan jenama air peti kayu yang dia kena hantar nanti.

Ramli tukang:(Dalam hati) Ahh! Boleh la ni.. Lain pun lain lah! Satu kompeni jugak!

Tak sampai dua minit Ramli tukang mengetuk dan mengepak peti kayu tu akhirnya siap dan terus dihantar ke bahagian pembotolan. Maka selamatlah gaji Ramli tukang, tak kena potong.. Sekian.

Agak-agaknya itulah situasi yang terjadi satu ketika dulu yang menyebabkan aku terjumpa dengan peti kayu 'canggih' ini sewaktu pemburuan di Kelantan baru-baru ini. Peti kayu yang macamana yang aku maksudkan? Mari kita lihat..

Inilah dia peti kayu Coca-Cola.
Pemandangan dari sudut ini nampak biasa saja.

Dari sudut ini pun tiada yang pelik.

Dari sudut atas pun tiada kejanggalan.
'Terer' sungguh Ramli tukang ni membaiki peti ni.

Akan tetapi kalau beralih kepada sudut ini
maka 'kantoi'lah abang Ramli kita!

Rupa-rupanya peti kayu Coca-Cola ini
telah dikacukkan dengan peti kayu F&N!

Lebih tepat lagi dengan peti kayu F&N 'Everytime'
Siap diselak dengan besi zink ni lagi!

Agak kemas kerja abang Ramli kita ini.

Macam takde apa-apa je yang berlaku!!

Semasa terjumpanya peti kayu ni, aku dan kawan-kawan terus tergelak besar bila melihat kecacatan ni. Dah sah-sah tukang 'repair peti kayu ni kelam kabut nak bagi cepat siap peti ni satu ketika dulu!

Tuesday, June 15, 2010

Crate Kayu 7up Florida.

Salah satu crate kayu dalam koleksi aku ialah crate 7up 'buih' yang aku perolehi dari kilang di sini satu masa dulu tapi yang menariknya crate ni bukan berasal dari sini tetapi dari Miami, Florida U.S. Penyekat kayu di dalam bukan seperti crate kayu di sini yang mempunyai 24 petak tapi yang ni cuma ada 4 petak besar sahaja. Jenis atau saiz botol yang di gunakan untuk crate ni aku tak berapa pasti tapi berdasarkan cetakan di tepi crate ni tertera 12 ounce. Jika botol soda local kita yang berisi 285ml bersamaanlah dengan 10 ounce, fakta ni kita boleh lihat di beberapa jenis botol soda kita yang kadang-kadang ada di cetak kandungan mengikut ounce seperti botol Kickapoo. Jadi kalau 12 ounce ni lebih banyak la dari 285ml.. mungkin botol yang di gunakan tak sampai ke Malaya ni.




Tertera 12 ounce.

Cetakan di sebelah dalam antara yang menarik tentang crate ni.
Tertera: Fresh Up with 7up, You like it, it likes you.



Tertera:
EURA COCR CASE CO.(Nama syarikat penbuat crate)
TRADE MARK JAX FLA, REG U.S. PAT. OFF

Di bahagian depan crate ni ada lagi cetakan tulisan yang berwarna hijau tapi dah luntur, aku sendiri tak dapat baca apa yang tertera, makhlumlah crate dah teruk kondisinya tapi tetap juga menjadi crate kegemaran dalam koleksi aku.


Saturday, May 29, 2010

Crate Kayu untuk botol F&N berapa ML??

Salah satu penemuan tak di duga tahun 2010 adalah peti kayu F&N logo 'Everytime' yang bagi aku amat ganjil kerana peti model macam ni aku belum pernah tengok sebelum ni... saiz peti kayu biasa untuk 24 biji botol tapi dinding yang lebih tinggi hampir sekali ganda.. Tapi yang peliknya bila aku letakkan botol F&N 285ml terlebih tinggi pulak botol tu dari dinding peti ni, maknanya peti ni bukan untuk botol 285ml?? Jadi mungkin untuk botol F&N 200ml??





Tepi tertera 'Property of Fraser & Neave
dan cop tahun pembikinan '66'.. Paling best ada cop 'HH' macam kat botol 290ML double sided bro Sham kita yang mana aku belum dapat kenal pasti lagi apakah makna di sebalik simbol 'HH' ni..


Sebelah dalam mempunyai 'partition' macam peti kayu
biasa tapi mempunyai dinding yang lebih tinggi..





Aku rasa masih banyak lagi model-model peti kayu yang aku tak pernah tengok dan yang ini salah satu darinya, lepas-lepas ni tak tau la model macamana pulak yang bakal menjelma.. Apa yang pasti peti kayu macam ni dah semakin pupus, memang payah sangat dah nak dapat, jadi kepada geng-geng botol di luar sana, kalau nampak peti kayu ni sebat je la, reput sikit-sikit tu maaf kan je la, barang dah takde..