Maka setelah menolak pintu zink di ceruk kilang ini maka terpancullah permandangan yang amat indah. Perasaan berdebar-debar yang telah lama aku tak rasakan kini aku rasakan dengan degupan jantung yang kuat tapi stabil! En. Mat kita memang terpegun dengan permandangan ini maka terus diterkamnya. Dan inilah 'posing' terwawal En. Mat dilokasi yang indah ini.
Bergambar bersama botol-botol dan peti kayu.
En. Mat berposing hampir memeluk peti-peti kayu ni.
'Best' ya En. Mat??!
Aku dan Nazrin tanpa berlengah lagi mengatur strategi bagaimana nak menurunkan peti-peti kayu berisi botol yang hampir tumbang ni. Maka tangga dan kayu beluti menjadi peralatan penting untuk menjayakan proses eskavakasi kali ini.
Proses menurunkan peti-peti kayu dimulakan.
Kalau anda lihat pada gambar di atas peti-peti kayu ini hampir runtuh dan hanya bersandar kepada dinding zink, jadi apa yang perlu dibuat ialah dengan membuang botol-botol kaca yang berat dari peti kayu ini terlebih dahulu. Nazrin cuba menahan peti-peti ini dari terus tumbang dengan menahan menggunakan kayu beluti panjang.
Peti-peti kayu Coke dan Sinalco
memang menjadi idaman kami.
Peti-peti kayu Coke dan Sinalco
memang menjadi idaman kami.
Botol yang mungkin biasa di kalangan
ahli botologi iaitu Kisco, tetapi peti kayunya
aku anggap sukar diperolehi sekarang.
Setelah letih melayan peti-peti kayu ini kami berehat seketika sambil 'pekena' air lamned! Fuhh! memang menyegarkan! Nazrin dan En. Mat memang tak lepaskan peluang!
'Tonggang'!
En. Mat dan Nazrin menikmati air soda
kampung dengan gas-gas halus menggaru tekak
sambil diperhatikan oleh Mukhlis.
Mukhlis dan kawan seperjuangannya, apa namanya entah,
tapi biar aku namakan saja dia ni Biber anak Jastin,
memberi pos yang menarik disamping
peti-peti kayu yang telah ditawan.
Setelah selesai memunggah barang semua maka kami beredar dari kilang, hari dah makin gelap. Balik hotel mandi, lepas mandi perut masing-masing dah berkeroncong balik! Dah tiba masanya untuk 'pekena' masakan siam yang lazat iaitu 'Ayam Mango'! Apa itu ayam mango?? Alah nama je dasyat tapi sebenarnya ayam goreng celup tepung digaul dengan kerabu mangga! Tapi rasanya perghh!! Memang sedap!! Memang balik KL teringat-ingat!!
'Ayam Mango' Ini masakan untuk 6 orang..
tapi kami bertiga ibarat 6 orang!
Maka berakhirlah jalan-jalan cari botol sambil makan kali ini. Kiranya hasil kali ini selain dari botol dapatlah juga kami peti-peti kayu lama yang semakin pupus sekarang. Balik KL dengan muka 'atak sinyum'!! Peti-peti kayu ini perlu dicuci dan dicelup ubat anai-anai dan akhir sekali disembur dengan 'Lacker Spray' atay 'Clear Spray' untuk mengekalkan kondisi peti kayu ini agar tidak bertambah reput. Sandarkan je peti-peti kayu ni pada dinding dah cukup menarik bagi aku, tak payah nak isi botol pun. Ini lah kalau dah terjebak minat dengan benda-benda lama ni, kayu buruk pun nampak lawa! Peti-peti kayu sebegini pada aku memang menarik kerana ia berkait rapat dengan strategi pengiklanan dan cara pengiklanan masa dulu ni amat menarik kerana penggunaan bahan-bahan semula jadi, penggunaan warna yang menyerlah dan cara penyusunan perkataan yang begitu menarik perhatian, tidak seperti sekarang penggunaan peti plastik untuk mengisi botol-botol soda ini mempercepatkan botol-botol kaca ini menjadi lusuh dan tercalar kerana peti plastik ini lebih keras dan tajam.
Apa-apa pun pemburuan untuk mencari botol-botol soda Malaya yang hebat-hebat ini tetap diteruskan, moga-moga ada lagi tempat-tempat persembunyian 'harta karun' ini dapat dibongkar di masa hadapan. Mari kita bersama-sama keluarkan dan pamerkan khazanah tanah air kita yang memang menarik ini. Pencarian diteruskan..