Salam semua geng-geng botol dan pencinta antik, mula-mula ni aku nak berterimakasih dulu kepada kawan-kawan seperjuangan kerana menggalakkan aku menceburi ruangan blog ni, Ucapan terimakasih dulu kepada guru botol aku Datuk Prof. Sharif, sahabat lama juragan Amir, Wadi, Daud, Kamil(tq tolong aku buat blog ni!! haha!) Fitri, Adi(coke), Nazrin, Sham, Ayie gunting(tukang goreng!!) geng-geng dari selatan En. Zul and the geng dan
semua 'kaki-kaki Botol Soda kita'.. dorang pun nak tau jugak apa botol yang aku ada, tapi sebenarnya aku tak banyak botol soda local untuk dikongsikan kepada korang, makhlumlah lama jugak aku pencen, tapi kalau dah memang 'kaki botol' selamanya la 'kaki botol'!! Terjebak balik..
Posting kali pertama ni aku nak cerita dulu la macamana aku boleh terjebak dalam kancah 'botologi' ni(pinjam perkataan kau Fitri!). Masa aku bekerja dengan satu production house bikin drama Nizarman M Sdn Bhd yang waktu tu amat tersohor(1996). Kali pertama masuk bidang drama, aku jadi propmaster(tukang buat set), jadi pada waktu tu aku shooting kat sungai Bil Perak, kita orang punya set tak jauh dari sungai tu, aku di tugaskan untuk buat set kubur!! Maka menggali tanah la aku nak buat liang lahad 6 x 3.. Tak sampai tiga kaki menggali tetiba 'KELEKUK' cangkul aku terbaham sesuatu, aku ingat batu tapi bila aku amati balik tak nampak apa pun kecuali nampak macam kain tebal, bila aku tarik je rupa-rupanya seluar panjang dah reput, warna pun dah warna tanah..
Setelah aku goyang-goyangkan seluar tu untuk membuang tanah yang melekat(nak tengok seluar apa, mana tau kot-kot Levis Oldschool!) pada masa tu lah terjadinya kejadian yang tak di sangka-sangka, terkeluar dari poket seluar reput tu 'BEDEBUK' jatuh ke tanah sebiji botol.. apa lagi aku angkat tengok waaahh!! botol koko kola!!(sebut coca-cola pun tak betol lagi masa tu!) tulisan kaca timbul tuu! Tapi dek kerana klimaksnya aku masa tu, seluar reput kat tangan aku tu aku campak dalam sungai, sekarang pikir-pikir balik menyesal, patut aku simpan seluar tu buat kenangan, tak sempat nak autopsi lagi seluar tu aku dah campak. Bermula dari situ lah aku terjebak kena virus simpan botol soda local ni. Ni lah gambar botol soda local pertama aku, Coca-Cola Embossed gred A, gred A kerana tulisan emboss yang betul-betul tebal(rujuk blog Che Mat perihal grading ni), aku panggil botol ni botol coke 'C' kelakar sbb huruf C cola tu macam tak betul-betul bulat, macam kemek! jenis yang agak jarang jugak aku jumpa setelah 14 tahun memburu botol.. Setakat ni aku belum jumpa botol emboss kaca hijau gred A ni, kepada geng-geng botol yang lain, kalau ada gred A hijau kasi posting la gambar, teringin aku tengok..