Wednesday, July 28, 2010

BOTOL COKE JIRAN SEBELAH..

Sebenarnya botol Coke ni bukan dari jiran sebelah rumah aku tapi dari negara jiran kita iaitu Indonesia. Sekilas pandang botol ni saling tak tumpah macam botol Coke White ACL kita, depan belakang sama lagi iaitu logo tulisan Coca-Cola, tu lah sebabnya aku tertarik dengan botol oldschool Indon ni. Botol ni kalau di teliti pada bentuknya dan tanda-tanda pada badan aku anggarkan tahun kelahirannya dalam lewat 70an hingga ke awal 80an dan Singapura lah negara pembuat botol ni berdasarkan kepada cop 8 SG A pada bahagian bawah, dan mungkin juga ia adalah botol bersaiz tinggi yang pertama dalam variasi botol Coke Indon ni. Ada banyak lagi variasi botol Indon ni sebenarnya, aku pun sekarang masih menyusun model-model botol Coke Indon ni, setakat ni aku dah ada dalam 10 jenis dan aku rasa ada beberapa biji lagi untuk aku melengkapkan variasi botol Coke Indon ni berdasarkan kepada penyiasatan aku. Mungkin ada collector Coke Indon di luar sana dah lengkap atau ada lebih dari aku, jadi bro bagi-bagi la info, kalau nak hulur pun boleh...






Sunday, July 25, 2010

XPDC MEMBURU BOTOL DI PANTAI TIMUR.. episod akhir, Part. 2

Maka kerja pun di mulakan, aku agak-agak kami perlu keluarkan lebih kurang dua ribu biji botol di bahagian atas untuk membongkar botol-botol lama di bahagian bawah. Dari pagi sampai ke petang pun belum tentu boleh habis!


Pening! kalau punggah semua tapi tak dapat botol cun..
dapat pengalaman susun botol dalam guni je lah nampaknya..


Acara memasukkan botol di dalam guni..


Dalam duk setelkan botol-botol ni terkeluar jugak crate-crate kayu yang pelik, crate kacukan!
Crate GreenSpot di jadikan lantai untuk crate botol lain.. Malangnya crate GreenSpot ni..

Dinding crate GreenSpot dah jadi lantai.


Crate Tropi menerima nasib yang sama..


Crate-crate yang berjaya di selamatkan..

Mat Wey sempat lagi posing, nampak guni-guni
yang telah kami isikan dengan botol..


Botol Tropi terdampar keseorangan..


Terkeluar jugak Tropi yang masih ada air tapi dah tinggal separuh!


Tiga saudara ni muncul di celah-celah yang lain.. Phoenix Vimto!


Botol yang di percayai botol arak juga muncul..




Bro Sham memang tekun.. Bangga katanya berada di lubuk ni!


Bro Nazrin tesenyum puas dengan kemunculan botol WhiteSpot pendek!

Bila terasa dah penat sangat, aku mula la keluar dari lokasi untuk kendur-kendurkan urat. Aku mula la merayap kesana sini. Nampak pintu je aku masuk. Di sebelah belakang ada satu stor menyimpan mesin-mesin lama yang dah tak pakai. Salah satu mesin yang menarik perhatian aku adalah mesin untuk masukkan gas kedalam air soda(carbonator). Mesin carbonator ni berjenama Rapid X buatan England. Aku dapat info mengenai jenama ni iaitu sebelum tahun 60an Rapid X ini terkenal di gunakan untuk menjadikan air soda ni berkarbonat sehinggalah di sahkan menjadi ejen kanser pada masa itu. Selepas tahun 60 jenama ini telah di sekat penggunaannya. Aku tak pastilah info ni betul atau tidak dan mungkin jugak ada permainan politik dalam industri karbonasi ni, kalau betul la cerita ni, tauke Rapid X ni kira bungkus lah!
Teka lah berapa usia mesin carbonator ni??


Rapid X Carbonator.


Keseluruhan rupa mesin carbonator ni.


Jam dah menunjukkan pukul dua petang.. Masa untuk rehat. Apalagi, pekena nasi padang tersohor la dalam town! Trip lepas dah melepas, trip kali ni tak boleh lepaskan peluang!
Bersambung..
Episod akan datang: Enaknya nasi padang di Restoran Hover dan botol pelik-pelik mula keluar!

Saturday, July 24, 2010

XPDC MEMBURU BOTOL DI PANTAI TIMUR.. episod akhir, Part. 1

Balik ke KL kami terus bagitau Sham tentang penemuan yang menakjubkan di Kota Bharu. Malam sesi mabuk teh tu jugak perancangan teliti di buat oleh bro Sham, strategi di bentangkan, dua minggu lagi kita gerak! Setelah bertungkus lumus kawan-kawan yang lain ejas cuti, mintak izin isteri dan sebagainya maka confirm jadi! Maka 16hb kami bersiap sedia untuk jember lagi sekali Pantai Timur! Pukul 12 malam aku dah siap sedia barang keperluan, tong-tong kayu, crate-crate palstik aku standby! Banyak aku rasa aku bawak ni..

Tong dan crate.


Mak aii! Bro Sham bawak lagi banyak! bersemangat betul!
Bangga aku!

Setelah pekena air panas di Restoran Sribunga TTDiJaya Shah Alam, pukul satu pagi kami bergerak. Sampai di Raub, Bro Amir kita terserempak dengan signboard kedai tersadai kat tepi satu kedai kopi ni, apa lagi stop dulu ambik gambar dan ambik 'feel'!


Signboard dalam lapan kaki, ada berani
bawak masuk Proton Arena atau Ranger??


Tengok je!


Public Phone atas tanah pun ada!


Berhenti buang bahan kumuhan dulu di stesen minyak..


Sampai je di gua Musang dalam pukul 4 pagi kami berhenti dulu pekena air panas lagi sementara enjin kereta bro Sham di sejukkan..




Tongkat Ali, telur rebus dan biskut..
kombinasi yang menarik!


Bro Sham sembang strategi lagi kot??


Bro Amir pekena telur rebus dengan kicap!
Memang oldskool dia ni! Jangan keluar angin sudah la!!


Selesai minum kami terus bergerak, dah tak sabar dah nak jejak ke lubuk botol. Masuk pinggir Kota Bharu je perut dah berkeroncong! Jadi kami berhenti dulu di kedai kopi makcik ni.


Kelihatan bro Nazrin dah jember ke dalam!


Peergghh! nasi berlauk spesel!
memang sedap nasi berlauk makcik ni.


Sambil-sambil makan aku perasan Sham dengan Nazrin dah takde! Aduh! dah ke belakang rupanya! memang tangkas dua orang ni!!


Duk menyiasat botol rupanya!
Tak sabar nak beraksi dah nii!!


Air tuak pun ada! dasyat kedai makcik ni!


Kereta parking tepi jalan je..


Mat Wey menyelongkar koleksi makcik.. pin tutup tin!


Mat Wey sempat menemubual makcik
manatau kot-kot ada lubuk lain lagi!


Setelah beberapa info di perolehi dari makcik kedai tu, kami terus bergerak ke lokasi bakal kejadian.. Tauke takde tapi aku dah roger awal-awal, jadi dah green lite! Apa lagi.. kerja!!


Permandangan indah pada awalnya..


Bro Amir dan Nazrin memantau keadaan
sebelum memulakan langkah..


Fuuh! jumpa jugak sarung tangan aku
yang tertinggal dua minggu lepas!

Maka kerja berat pun di mulakan. Tugas yang pertama adalah untuk mengalihkan semua botol-botol yang kami anggap agak baru (kisco) di bahagian atas untuk membongkar guni-guni di bahagian bawah! Ikut sifir dan pengalaman yang bahagian bawah itulah terdapat botol tahap antik! Sesiapa nak botol Kisco contact bro Sham, dia jual ikut guni!! Bersambung...
Episod akan datang: Penat tapi berbaloi-baloi!

Friday, July 23, 2010

Botol WhiteSpot Error!

Botol WhiteSpot ni antara botol cacat yang paling ketara yang pernah aku dapat. Tak perlu aku cerita banyak, anda tengok la sendiri botol terencat ni..





Thursday, July 22, 2010

XPDC MEMBURU BOTOL DI PANTAI TIMUR.. episod 7

Selepas gudang F&N tadi kami terus bergerak mencari kilang yang aku anggap mitos sahaja kerana info ni aku perolehi 10 tahun yang lalu, entah betul entah tidak! 2 jam pusing town, segala kepakaran di gunakan, habis skill 'scanner' di keluarkan tapi nampaknya tak mendatangkan hasil.. Perut dah berkeroncong, lapar, dahaga, letih, semua dah mula terasa. Kami memutuskan untuk singgah makan dulu di restoran nasi padang yang tersohor di Kota Bharu. Dalam perjalanan ke restoran tersebut salah seorang dari kami ternyala 'lampu ultramannya'!(terasa sesuatu). Nampak ada satu bangunan yang lain macam di celah-celah bangunan yang lain dalam bandar ni.. jadi kami cuba cari jalan belakang ke bangunan berdinding zink tu.. Cari punya cari, belok kiri, belok kanan last-last hahHH!!! Jumpa jugak akhirnya bangunan yang aku anggap mitos selama ini!! Apalagi melompat la kawan-kawan bila terpandang permandangan yang aku kira permandangan yang terindah semenjak 10 tahun yang lalu!! Tak payah aku cerita banyak lah, biar gambar-gambar ini menceritakan semuanya.. Setelah mendapat lampu hijau dari taukey, maka kerja pun bermula! Enjoyy!

Bro Amir membuat tinjauan pertama.

Disusuli bro Nazrin.

Permandangan di lokasi.





Bro Amir mula berjinak dengan botol-botol. Malu-malu kucing!


Yang ni memang dah tak malu! Duduk terus atas botol!!

Muka kanak-kanak kebingungan!


Botol-botol yang di jumpai!







Geng-geng soda!


Setelah berhempas pulas memanjat botol, tertimpa botol, baring atas botol, berperang dengan semut api selama 4 jam maka kami mengambil keputusan untuk berhenti dulu. Makan pun entah kemana, dah berjam-jam korek botol baru terperasan diri ni dah nak pengsan dek perut yang kosong! Kami mengambil keputusan untuk berhenti setakat ini saja dulu dan bertekad akan datang lagi untuk menggali tanah-tanah lot di situ yang telah kami tandakan bahagian yang berpotensi untuk menjumpai botol-botol taraf antik! Bersambung... (episod akan datang, episod terakhir.. bro Sham ikut sekali! habislah!!)