Monday, June 11, 2012

F&N EMBOSSED 400 ML 1921.

Dalam proses mencarigali botol di Perak pada tahun lepas muncul sebiji botol F&N yang belum pernah aku lihat sebelum ini. Kualiti kaca dan cetakan kaca timbul pada botol ini tak ubah seperti botol F&N guli atau 'Codd' tetapi botol ini adalah dari spesisi botol bertudung biasa atau 'Crown Cap'.

Mempunyai ketebalan kaca yang amat mengkagumkan aku serta setiap tulisan timbul pada botol ini amat tebal dan mempunyai logo singa yang amat 'oldschool' dari segi rekaan grafiknya menunujukkan botol ini adalah dari spesis botol F&N yang agak tua. Mari kita lihat gambar botol yang bagi aku amat menakjubkan ini.


.Mulut botol yang telah pecah.


Logo singa dari salah satu rekaan grafik 
yang terawal dari variasi F&N 'Embossed' ini.


Tertera Fraser & Neave Ltd(Limited)
Tulisan yang tebal dan benar-benar terserlah timbulnya.


Tulisan 'Singapore' yang sememangnya tebal.


Tertera 1921!

Dan dari cetakan nombor 1921 inilah aku dapat merumuskan bahawa nombor yang tertera pada bawah botol ini adalah tarikh botol ini di keluarkan iaitu pada tahun 1921 kerana aku juga memiliki sebiji lagi botol F&N yang bertarikh 1928 dibawahnya yang pernah aku paparkan sebelum ini. Aku cuba selidiki apa yang berlaku pada tahun 1921 yang ada kaitan dengan F&N, mungkin ada acara atau ulangtahun tertentu pada tahun itu tapi gagal untuk mendapatkan sebarang info. Mungkin juga pada masa itu botol di era ini diberi tarikh pembuatannya. Apa-apa pun dek kerana tarikh 1921 ini membuatkan aku merasa botol ini amat tua walaupun tidak setua botol F&N 'Codd'. Alangkah baiknya jika botol F&N 'Codd' juga mempunyai tarikh pembuatannya, menyenangkan kita lagi tentang makhlumat penting atau tarikh lahir botol-botol soda kita yang hebat ini.

No comments:

Post a Comment