Friday, December 31, 2010

XPDC MEMBURU BOTOL PENUTUP TIRAI 2010 PART 3 (AKHIR) SELAMAT TAHUN BARU 2011!

Sejak kembali aktif dalam arena botologi ni memang tak dinafikan banyak pengalaman baru yang aku dapat. Banyak model-model botol yang tak pernah aku lihat atau tahu kewujudannya muncul. Mengumpul botol dalam era kecanggihan komputer ni lagi lah memberi kesempatan atau peluang untuk kita bertukar-tukar makhlumat dan mengetahui dengan lebih lagi tentang barangan yang kita minat yang belum kita miliki khususnya botol.

Dalam setahun lebih aku mulakan balik pencarian botol ternyata nasib menyebelahi aku. Lapan puluh peratus dari botol-botol yang aku target ditemui dalam masa dua puluh bulan ni. Ini pun atas pertolongan dan kerjasama dari rakan-rakan botologi yang lain. Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada ahli mesyuarat botologi yang bertungkus-lumus iaitu bro Nazrin dan bro Sham kita. Tak lupa juga ahli mesyuarat yang lain, head master Coke kita, Kamil, otai-otai botol kita, bro Amir, Wadi dan Daud(arkib botol) . Pengasas perkataan 'Botologi' bro Fitri, Zian dan semua lah yang aku tak sebutkan di sini. Tak lupa juga geng-geng botologi dari Johor, bro Zul kita, bro Dollah and the gang kerana dengan minat dan dorongan bro semua memberi kesempatan untuk aku meneruskan perjuangan memburu botol.

Berbalik kepada penemuan botol yang terbaru aku tempoh hari, setelah semua botol-botol ini dicuci dan gambar dirakamkan, marilah kita sama-sama layan botol-botol yang mungkin anda belun pernah lihat lagi sebelum ini. Mari kita lihat..



Botol berdarah(kata bro Kamil) Coke 290ml 'double sided' muncul, kali ini dengan tanda 'DSGX'.







Tidak ketinggalan botol Coke embossed terawal Malaya berkaca putih gred A 'MSG'




Botol yang tidak disangka-sangka muncul, Coke embossed Aqua SG40.




Coke embossed berkaca 'frosted'(sejuk) juga naik kedarat.




Coke embossed terawal Malaya berkaca hijau ala-ala daun pisang(paling kiri) dan berkaca hijau muda.



Askar-askar hijau yang ditawan.




Dan ini salah satu penemuan pelik, Coke embossed hijau muda(agak kebiruan) bertulisan 'Trade Mark' tapi mempunyai bentuk yang agak berbeza jika diperhatikan betul-betul. Perut agak besar dan pinggang agak ramping. Lihat gambar dibawah apabila dibandingkan dengan botol seangkatan.


Logo tulisan pun agak 'oldschool' jika dibandingkan dengan yang lain.



Anda boleh lihat perbezaan apabila dibandingkan dengan botol-botol lain.(kiri SG40, dan kanan Aqua SG40). Botol ini juga(Tengah) agak tinggi sedikit dari yang lain.




Seterusnya, spesis 400ml juga muncul iaitu Kim Guan Siang cap kapal. Logo botol ini hampir sama dengan botol Eastern Aerated Water.





Botol soda yang agak menarik bagi aku yang pernah aku perolehi dulu iaitu Tan Yee Siang cap ayam 400ml berkaca hijau menjelmakan dirinya.





Geng-geng botol soda glamer iaitu F&N embossed 400ml terpaksa mengaku kalah setelah dikorek bertubi-tubi.



Ingat semalam apabila aku bertanyakan adakah anda cam botol ini?? Dan ini lah botolnya, geng-geng dua dalam satu. F&N 400ml embossed & Printed.







Botol glamer yang cukup degil untuk muncul akhirnya terpaksa mengaku kalah di penghujung tahun ini. F&N embossed 400ml hijau tua dan disebelahnya mempunyai tonasi warna yang sama tapi lebih muda warnanya.



Botol Fraser & Neave embossed yang aku anggap memang sukar diperolehi sekarang.


Inilah sedikit- sebanyak botol yang telah berjaya dikeluarkan untuk menutup tirai penggalian aku dan kawan-kawan bagi tahun 2010 ini. Ada lagi botol-botol yang tidak aku paparkan kerana untuk dijadikan modal tahun depan! Diharapkan tahun depan akan muncul lagi botol-botol yang pelik kerana tidak mustahil dalam zaman yang semakin moden ini botol-botol yang bertahap antik boleh muncul. Yang pentingnya kita (khusus peminat botol soda Malaya) bersatu, bertukar-tukar makhlumat samada dalam blog atau dengan cara bertandang ke rumah masing-masing, adakan sesi minum teh dengan lebih kerap dan juga berbincang strategi untuk memperolehi botol-botol soda Malaya yang hebat ini. Selagi kita berusaha dan masih menyimpan minat yang tinggi insyaallah hasilnya akan menyusul. Elakkan sifat dengki-mendengki, kata-mengata sesama kita. Kita tidak mahu orang melihat komuniti kita, dan tergelak sambil berkata "Apa la bro?! main botol pun nak gaduh ke??" Komuniti botol kita ni tak sebesar mana, lebih baik bersatu mengembangkan lagi hobi mengumpul botol ni. Tahun baru ini kita buka helaian baru, buangkanlah yang keruh ambillah yang jernih, kita catatkan sejarah baru, moga-moga mendapat hasil yang lebih lumayan tahun depan.

Sebelum mengundurkan diri aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011! Semoga arena mengumpul botol kita ini makin maju dan menjadi-jadi!! Hidup botol soda Malaya!!!

Thursday, December 30, 2010

XPDC MEMBURU BOTOL PENUTUP TIRAI 2010 PART 2

Bersambung cerita aku ni dari semalam iaitu botol coke berkaca putih Malaya embossed muncul dan penggalian kami seterusnya muncul lagi botol ni. Pengcangkulan dilakukan dengan lebih teliti tapi ada juga botol yang maut! Ini disebabkan tanah dibahagian atas yang agak keras memaksa kami membuat hayunan yang agak dramatik!

Coke Embossed Malaya berkaca putih.



Apakan daya.. Masih ada yang maut!


Tapi kadang-kadang spesis yang tak disangka muncul. Bagi aku penemuan begini adalah 'Jack Pot' dalam pemburuan botol. Info kami agak tepat kali ini.


Coke Embossed berkaca hijau menampakkan diri akhirnya..






Coke SG40 Aqua juga muncul..


Askar-askar hijau dah siap berbaris.



Selepas Coke embossed, muncul juga botol soda yang cukup glamer ni iaitu F&N embossed 400ml. Mantap beb tempat ni!



Spesis ni juga turut terkorban..


Brader kita ni cuba menyambung balik kaca yang pecah
menggunakan kuasa pandangan mata!



Botol dari spesis amat terancam juga muncul. Anda tahu botol F&N model manakah ini??
Kalau tak cam besok aku ceritakan setelah botol-botol ni dibasuh semua..




Sebahagian dari askar-askar Coke yang telah ditawan..



Askar-askar F&N..


Setelah mengadap tanah ni selama hampir lapan jam, penggalian dihentikan, nyamuk pun dah masuk syif, badan kami pun dah sengal-sengal, makhlumlah badan dah tak sama dengan sepuluh tahun yang lepas. Botol-botol yang ditawan dimasukkan dalam kereta dan besoknya kami memulakan perjalanan pulang. Sampai di rumah botol-botol aku terus basuh, aku ni jenis yang kalau dapat botol memang suka terus basuh, kalau dibiar terperuk tak berbasuh alamatnya tak tau bila la nak basuh..


Bersedia untuk dibasuh..



Haa! Kan dah berkilat bila dah basuh..
Hijau daun pisang pun ada rupanya!


Pemburuan botol untuk tahun ini aku kira dah selesailah. Banyak juga spesis-spesis yang terancam muncul di saat-saat akhir yang tidak sempat aku rakamkan. Besok aku akan paparkan semua jenis-jenis botol soda yang aku dapat setelah botol-botol ni di basuh dan digilap. Bersambung...

Wednesday, December 29, 2010

XPDC MEMBURU BOTOL PENUTUP TIRAI 2010 PART 1

Salam semua geng-geng botologi, di harap kalian dalam keadaan yang ceria, aman dan damai hendaknya. Dah lama aku tak posting ni kerana kesibukan kerja dan mermacam-macam urusan lagi lah, termasuk juga sibuk memburu botol!

Beberapa hari yang lepas aku dan seorang geng botologi yang cukup rakus dalam arena botol soda ni telah kembali ke lokasi penemuan botol di Pantai Timur tempoh hari kerana kami mendapat tip yang cukup memberangsangkan dan boleh dipercayai. Tiada perancangan dibuat sebenarnya untuk memburu botol kali ni tetapi tiba-tiba je aku dapat 'bau' terus kami bergerak macam esok dah nak kiamat! Kawan-kawan yang lain pun tak sempat kami kerah kerana masa yang terhad dan mereka pun sibuk dengan urusan masing-masing. Ni kira 'job' terkejut la ni!
Sampai di lokasi pada mulanya kami agak sangsi dengan bentuk muka bumi di situ, memang aku sendiri tak biasa dengan keadaan di mana tiada tanda-tanda khusus tentang kewujudan botol di tempat ini suatu ketika dulu. Cuma yang menguatkan keyakinan kami ialah aku diberitahu yang lokasi ni dulunya tempat menyimpan botol, tapi dah tak tau berapa kali banjir dah tempat ni maka keadaannya agak mencurigakan aku. Lokasi ni hanya beberapa meter dari lokasi dulu yang aku dan kawan-kawan mendapat botol-botol yang tahap antik. Setelah aku amati kawasan ni ternyata beberapa jenis senjata perlu kami gunakan. Mari kita layan gambar-gambar yang ada dari kamera pinjam dengan kawan aku yang bermurah hati, kalau dia tak tolong takde la gambar-gambar untuk tatapan kita semua! Terima kasih bro!

Senjata yang digunakan: Cangkul dan parang.


Dek kerana aku ni memang teramat pandai menggunakan cangkul maka terkeluarlah botol yang agak 'oldschool' dari tanah. Dengan botol-botol sekali aku cangkul! Botol Coke Malaya nombor dua pulak tu!




Sebelum aku cangkul, hidup lagi botol Coke nombor dua ni..
Sekarang dah arwah..



Botol Coke yang aku percaya botol nombor satu Malaya juga arwah..


Spesis 400ml pun ada, tapi hayunan cangkul kawan aku tu lagi hebat!
kau lagi terer konon!!


Tapi yang menariknya botol Coke embossed pun muncul juga walaupun dah arwah kerana sebab-sebab yang aku tak pasti, samada aku yang pancung atau memang dah arwah dari dalam tanah lagi..

Coke embossed.. Arwah..
Memang menarik kerana dah lama aku tak dapat botol Coke Embossed dari dalam tanah ni. Posting kali ni berhenti di sini dulu. Kita lihat nanti apa yang aku dan teman aku ni dapat lagi besok.. Adakah muncul lagi botol Coke embossed?? atau spesis-spesis botol terancam lain?? Bersambung...

Friday, December 10, 2010

FRASER & NEAVE N.V. EMBOSSED 400ML.

Fraser & Neave satu jenama yang amat tersohor dalam pasaran air berkarbonat dan turut mendapat tempat yang teratas dalam arena pengumpulan botol soda lama oleh ahli-ahli botologi tempatan. Antara versi F&N yang paling diminati ialah yang bercetak kaca timbul(Embossed) kerana penampilannya yang unik dan mendapat harga yang menarik dalam pasaran botol soda tempatan. Bab kata beli hari ni besok dah dapat jual untung. Akan tetapi untuk mendapatkan botol F&N embossed ini bukan suatu yang mudah jika anda adalah ahli memburu botol. Tempat-tempat yang tak terusik yang sememangnya amat 'oldschool' barulah mempunyai potensi untuk menjumpai botol F&N ini. Itu pun kalau anda pandai memilih tempat atau 'spot' untuk digali. Jika amat bernasib baik, botol ini sudah tersedia ada di dalam peti kayu atau guni yang digali tidak sampai satu kaki.

Fraser & Neave N.V.
Paparan aku kali ini adalah dari botol F&N embossed juga, tetapi amat lain dari yang selalu aku dapat. Ini adalah kerana cetakan kaca timbul logo tulisan 'Fraser & Neave' dan logo Singa pada botol ini amat besar diikuti dengan bulatan bujur(Oval) mengelilingi logo F&N. Sekali pandang botol ini seperti logo F&N cordial embossed. Terdapat tulisan 'N.V' pada bahagian bawah logo singa ini yang masih menjadi tanda tanya. Botol ini juga lebih berat dari botol seangkatan dengannya yang menunjukkan ia mempunyai kaca yang lebih tebal. Mungkinkah botol ini berasal dari negara jiran?? Jika dari negara lain sekali pun pasti ia dari rantau asia atau hanya dari rantau empayar F&N sahaja, dan merupakan salah satu variasi botol F&N yang perlu kita ketahui, tapi apa yang lebih unik mengenai botol ini adalah ia mempunyai tarikh pembuatannya yang dicatatkan pada tapak botol ini iaitu bertarikh 1928. Walaupaun tidak setua botol guli(codd) dek kerana tarikh yang tertera itu membuatkan aku merasakan botol ini amat tua sekali iaitu sewaktu zaman penjajahan british di Malaya dahulu dan bayangkan apa ada di Malaya pada ketika itu. Mampukah penduduk tempatan pada waktu itu merasa air soda dari botol ini?? Aku rasakan hanya beberapa orang saja yang mampu atau bernasib baik mendapat peluang meminum air dari botol ini. Logo syarikat pembuat botol ini juga tertera pada bahagian tapak botol ini iaitu 'W.B & S LTD' yang kebiasaannya tertera 'WM Barnard & Son Ltd London' pada botol F&N embossed yang aku perolehi sembelum ini. Sememangnya botol F&N ini amat menarik bagi aku dan jenama F&N ini antara jenama botol yang mempunyai paling banyak variasi yang menarik yang sedang menunggu kita untuk dibongkarkan.



Tertera: W. B & S LTD 1928


Tiada apa-apa tulisan dibahagian belakang botol ini.