Sejak kembali aktif dalam arena botologi ni memang tak dinafikan banyak pengalaman baru yang aku dapat. Banyak model-model botol yang tak pernah aku lihat atau tahu kewujudannya muncul. Mengumpul botol dalam era kecanggihan komputer ni lagi lah memberi kesempatan atau peluang untuk kita bertukar-tukar makhlumat dan mengetahui dengan lebih lagi tentang barangan yang kita minat yang belum kita miliki khususnya botol.
Dalam setahun lebih aku mulakan balik pencarian botol ternyata nasib menyebelahi aku. Lapan puluh peratus dari botol-botol yang aku target ditemui dalam masa dua puluh bulan ni. Ini pun atas pertolongan dan kerjasama dari rakan-rakan botologi yang lain. Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada ahli mesyuarat botologi yang bertungkus-lumus iaitu bro Nazrin dan bro Sham kita. Tak lupa juga ahli mesyuarat yang lain, head master Coke kita, Kamil, otai-otai botol kita, bro Amir, Wadi dan Daud(arkib botol) . Pengasas perkataan 'Botologi' bro Fitri, Zian dan semua lah yang aku tak sebutkan di sini. Tak lupa juga geng-geng botologi dari Johor, bro Zul kita, bro Dollah and the gang kerana dengan minat dan dorongan bro semua memberi kesempatan untuk aku meneruskan perjuangan memburu botol.
Berbalik kepada penemuan botol yang terbaru aku tempoh hari, setelah semua botol-botol ini dicuci dan gambar dirakamkan, marilah kita sama-sama layan botol-botol yang mungkin anda belun pernah lihat lagi sebelum ini. Mari kita lihat..

Botol berdarah(kata bro Kamil) Coke 290ml 'double sided' muncul, kali ini dengan tanda 'DSGX'.
Tidak ketinggalan botol Coke embossed terawal Malaya berkaca putih gred A 'MSG'
Botol yang tidak disangka-sangka muncul, Coke embossed Aqua SG40.
Coke embossed berkaca 'frosted'(sejuk) juga naik kedarat.
Coke embossed terawal Malaya berkaca hijau ala-ala daun pisang(paling kiri) dan berkaca hijau muda.
Dan ini salah satu penemuan pelik, Coke embossed hijau muda(agak kebiruan) bertulisan 'Trade Mark' tapi mempunyai bentuk yang agak berbeza jika diperhatikan betul-betul. Perut agak besar dan pinggang agak ramping. Lihat gambar dibawah apabila dibandingkan dengan botol seangkatan.
Logo tulisan pun agak 'oldschool' jika dibandingkan dengan yang lain.
Anda boleh lihat perbezaan apabila dibandingkan dengan botol-botol lain.(kiri SG40, dan kanan Aqua SG40). Botol ini juga(Tengah) agak tinggi sedikit dari yang lain.
Seterusnya, spesis 400ml juga muncul iaitu Kim Guan Siang cap kapal. Logo botol ini hampir sama dengan botol Eastern Aerated Water.
Botol soda yang agak menarik bagi aku yang pernah aku perolehi dulu iaitu Tan Yee Siang cap ayam 400ml berkaca hijau menjelmakan dirinya.
Geng-geng botol soda glamer iaitu F&N embossed 400ml terpaksa mengaku kalah setelah dikorek bertubi-tubi.
Ingat semalam apabila aku bertanyakan adakah anda cam botol ini?? Dan ini lah botolnya, geng-geng dua dalam satu. F&N 400ml embossed & Printed.
Botol glamer yang cukup degil untuk muncul akhirnya terpaksa mengaku kalah di penghujung tahun ini. F&N embossed 400ml hijau tua dan disebelahnya mempunyai tonasi warna yang sama tapi lebih muda warnanya.
Botol Fraser & Neave embossed yang aku anggap memang sukar diperolehi sekarang.
Inilah sedikit- sebanyak botol yang telah berjaya dikeluarkan untuk menutup tirai penggalian aku dan kawan-kawan bagi tahun 2010 ini. Ada lagi botol-botol yang tidak aku paparkan kerana untuk dijadikan modal tahun depan! Diharapkan tahun depan akan muncul lagi botol-botol yang pelik kerana tidak mustahil dalam zaman yang semakin moden ini botol-botol yang bertahap antik boleh muncul. Yang pentingnya kita (khusus peminat botol soda Malaya) bersatu, bertukar-tukar makhlumat samada dalam blog atau dengan cara bertandang ke rumah masing-masing, adakan sesi minum teh dengan lebih kerap dan juga berbincang strategi untuk memperolehi botol-botol soda Malaya yang hebat ini. Selagi kita berusaha dan masih menyimpan minat yang tinggi insyaallah hasilnya akan menyusul. Elakkan sifat dengki-mendengki, kata-mengata sesama kita. Kita tidak mahu orang melihat komuniti kita, dan tergelak sambil berkata "Apa la bro?! main botol pun nak gaduh ke??" Komuniti botol kita ni tak sebesar mana, lebih baik bersatu mengembangkan lagi hobi mengumpul botol ni. Tahun baru ini kita buka helaian baru, buangkanlah yang keruh ambillah yang jernih, kita catatkan sejarah baru, moga-moga mendapat hasil yang lebih lumayan tahun depan.
Sebelum mengundurkan diri aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011! Semoga arena mengumpul botol kita ini makin maju dan menjadi-jadi!! Hidup botol soda Malaya!!!