Saturday, May 29, 2010

Crate Kayu untuk botol F&N berapa ML??

Salah satu penemuan tak di duga tahun 2010 adalah peti kayu F&N logo 'Everytime' yang bagi aku amat ganjil kerana peti model macam ni aku belum pernah tengok sebelum ni... saiz peti kayu biasa untuk 24 biji botol tapi dinding yang lebih tinggi hampir sekali ganda.. Tapi yang peliknya bila aku letakkan botol F&N 285ml terlebih tinggi pulak botol tu dari dinding peti ni, maknanya peti ni bukan untuk botol 285ml?? Jadi mungkin untuk botol F&N 200ml??





Tepi tertera 'Property of Fraser & Neave
dan cop tahun pembikinan '66'.. Paling best ada cop 'HH' macam kat botol 290ML double sided bro Sham kita yang mana aku belum dapat kenal pasti lagi apakah makna di sebalik simbol 'HH' ni..


Sebelah dalam mempunyai 'partition' macam peti kayu
biasa tapi mempunyai dinding yang lebih tinggi..





Aku rasa masih banyak lagi model-model peti kayu yang aku tak pernah tengok dan yang ini salah satu darinya, lepas-lepas ni tak tau la model macamana pulak yang bakal menjelma.. Apa yang pasti peti kayu macam ni dah semakin pupus, memang payah sangat dah nak dapat, jadi kepada geng-geng botol di luar sana, kalau nampak peti kayu ni sebat je la, reput sikit-sikit tu maaf kan je la, barang dah takde..



Thursday, May 27, 2010

Botol Coke 290ML ERRoR!

Dalam proses memburu botol ni macam-macam pengalaman kita akan lalui, bermacam-macam jenis botol kita akan jumpa.. Tapi sekali sekala dalam pemburuan kita ni, kita akan melalui pengalaman seperti ni, terserempak dengan botol yang biasa je kita lihat tapi cacat, yang kita sebut selalu sebagai 'error'.. Posting yang lepas ada aku paparkan botol Coke kemek, tapi kali ni botol Coke local 290ML tersalah posisi di cetak, di mana tulisan atau logo Coca-Cola ni di cetak atas tulang botol yang berkaca agak kehijauan ni.. Sekali imbas seolah-olah botol ni tak bertulang kerana tulang botol ni terlindung dengan tulisan Coca-Cola..




Anak panah menunjukkan posisi tulang botol.

Monday, May 24, 2010

Kuman seberang sungai nampak, gajah depan mata main langkah je..

Bak kata pepatah melayu lah kan, kuman seberang sungai boleh nampak tapi gajah depan mata boleh tak nampak.. Ekspidisi dengan Che Mat tempoh hari punyalah sampai ke Kuala Lipis tapi balik muka ketat je bersama sepeti botol Coke kaca baru, buat syarat!! tapi hari ni sesi korek mengorek di lakukan 2 kilometer je dari rumah aku, kat kampung Subang setelah mendapat 'calling' dari pendatang baru kita tapi cukup rakus iaitu En. Sham.. Yang bestnya bro Sham kita ni dah 'Jembe'(pergi dengan rakus!!) dulu ke tempat ni semalam, dan hasilnya agak lumayan untuk peminat botol Coke local, iaitu botol Coke kaca 285ML takde ribbon label merah.. model yang jarang sangat dah kita boleh lihat di tepi atau di stor kedai-kedai kopi.. Tapi hari ni kira dapat lah botol daripada tak dapat langsung, botol-botol yang di jumpai agak oldschool macam Fanta dan yang tak berapa nak oldschool macam F&N, Sprite dan tidak ketinggalan juga botol warna amber menawan iaitu botol kicap!

Bro Sham kita sedang meneliti botol-botol yang dah pecah..
sarung tangan dan kasut?? apa ada hal!!



Teliti satu-satu, manatau ada botol 'error'!

Fat bottle pun ada tapi baju dah hilang, tak dapat dikenal pasti bangsa apa!





Setelah di teliti satu persatu, korek lebih-lebih kurang, ni je lah yang di pilih..
Bukan apa, saja bagi junior kita ni seronok!!(ayat cover line)




Tapi tu lah.. kesimpulannya kadang-kadang nak korek botol ni tak payah nak pegi jauh-jauh, sekilo dua je dari rumah pun ada lubuk, yang paling penting kita pegi jangan tak pegi kalau dah tau tempat, selagi tak pegi selagi tu lah duk angau..







Friday, May 21, 2010

Mirinda 'M' Jeddah

Sedikit sambungan dari cerita aku yang lepas di mana aku pernah bercerita tentang botol dari luar negara yang pernah aku dapat dari proses ekskavasi 10 tahun dulu di Terengganu (time gila korek botol dalam tanah) bersama otai korek botol En. Ahmad Amir. Salah satu penemuan menarik ialah botol Mirinda 'M' botol dari Jeddah.. Botol keluaran 1963 ini hampir sama dengan botol Mirinda terawal Malaya, cuma sedikit kurus dan tinggi.. Mungkin telah di bawa balik orang dari Mekah selepas mengerjakan haji atau umrah?? Kalau betul la, kira naik kapal pegi haji ni waktu ni, 2 bulan pegi balik!! Memang pelik tapi itu lah hakikat memburu botol, apa-apa pun boleh jadi..











Tuesday, May 18, 2010

Coca-Cola Embossed Trade Mark

Antara botol yang menjadi 'favourite' aku adalah botol Coke embossed pendek local terawal Malaya.. Botol hijau ni jugak antara botol terawal yang aku keluarkan dari tanah 10 tahun dulu.. Coca-Cola embossed pendek hijau 'TRADE MARK' keluaran 1949. Waktu ni aku masih tak tau ada botol Coca-Cola embossed hijau tertera 'TRADE MARK REGISTERED', yang aku tau botol putih pendek embossed je tertera trade mark registered ni... Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, botol embossed pendek ni la mempunyai variasi terbanyak antara model-model coke local kita yang lain dari segi tulisan, warna dan kilang pembuat botol ni..


Ini antara botol-botol Coca-Cola embossed pendek hijau dan putih tertera 'Trade Mark' sahaja tapi tulisannya lebih kecil dari yang terawal aku dapat.. Keluaran 1941 dan 1945..



Tuesday, May 11, 2010

Indahnya GreenSpot

GreenSpot antara botol soda Malaya yang paling menarik bagi aku kerana keunikan logonya, bentuk botolnya dan jugak rasanya kalau korang sempat rasa zaman-zaman 80an dulu.. Apa yang aku paparkan ni adalah botol GreenSpot yang biasa je cuma beza pada cop pengeluarannya saja dari Jalan Tuaran (Inanam), Kota Kinabalu.. Yang bestnya botol ni aku baru-baru dapat jugak dari kilang kat sini, kira botol ni belum lagi di gunakan, kondisi memang cun, UNC..








Yang ni pulak botol GreenSpot oldschool yang aku baru dapat jugak baru-baru ni.. beza sedikit je dari botol seangkatan dengannya, cuma pada kotak PASTEURIZED BEVERAGE takde tulis apa-apa yang kebiasaanya ada tertera Amoy Canning Corp Malaya atau Singapore cuma yang ni tertera Not Carbonated, No Preservatives.. Kepada geng-geng botol yang belum ada lagi model-model ni, selamat memburu botol!!






Monday, May 10, 2010

FOR SALE
COCA-COLA BOTTLE FROM GERMANY
NO REFILL 1976













RM 200
Interested, Email MEGAT at anytime.































































































































































Saturday, May 8, 2010

Botol Pepsi yang aku salah anggap..

Botol Pepsi ni aku dah simpan lama.. kondisi teruk, jadi terperuklah celah-celah almari, dah berhabuk, aku tak peduli pun sehinggalah penemuan botol Pepsi local versi terawal ni oleh kawan seperjuangan..




Botol Pepsi yang aku ada ni kondisi agak teruk, jadi tulisan sebelah belakang pun dah pudar, boleh la tengok sikit-sikit lagi tulisan tu.. Jadi apa kelebihan botol buruk ni?? Rupa-rupanya kelebihan botol ni adalah kekurangannya dari segi tulisan atau logo di tengkuk botol ni di sebelah belakang.. Aku ingat tulisan dah pudar tapi rupanya memang takde..





Aku dapat buktinya setelah kawan aku ni sorang dapat botol ni dari Terengganu beberapa hari yang lepas, siap ada air lagi, belum bukak, kondisi pun memang cun dan memang nyata takde logo di tengkuk belakang botol ni yang biasanya ada logo tulisan Pepsi atau jawi..



Jadi kawan aku tanya la aku, apa cerita ni bro?? aku jawab, takde cerita apa la, kira bertambah je la variasi botol Pepsi local kita!! hehehe...

Sunday, May 2, 2010

7up model mana ni??

Bila dah lebih sedekad main botol ni aku rasa semua jenis botol soda kat malaya ni aku dah tengok, samada yang aku sendiri tak pun member-member punya.. apa jenis botol lagi boleh timbul dari tanah?? variasi mana lagi boleh muncul?? Tapi sangkaan dan keegoan aku tu meleset sama sekali.. Dalam tahun 2010 ni memang tak disangka-sangka terbit lagi variasi dari botol pendek 7up, tak tau lah kalau aku sorang je yang tak pernah tengok model ni tapi setakat ni ahli botologi kat sini pun kelam kabut bukak kitab tapi tak jumpa model ni, dah la label merah yang memang susah nak dapat kalau yang tulisan biasa tu, ni kan pulak label merah kat tengkuk botol tulisan cina!!.. Salah cetak ke botol ni?? lu pikir la sendiri!! tapi kalau memang betul botol ni asli, maka bertambah lagi la variasi botol 7up tempatan kita.. hehehe!