Sunday, July 31, 2011
Friday, July 29, 2011
COCA-COLA LOCAL EMBOSSED ERROR??
Sekali imbas botol Coca-Cola 'otai' ni kelihatan normal tiada cacat celanya. Aku pun tak perasan dalam masa 24 jam pertama aku keluarkan botol ni dari tanah. Setelah dibasuh dan sesi menilik dijalankan, barulah aku perasan kecacatan botol ni, kecacatan yang membuat aku bingung memikirkan macamana botol bercetak kaca timbul ini dibuat sebenarnya.
Setahu aku botol bercetak kaca timbul ini dibuat mengunakan acuan, memang botol ni di buat dengan menuangkan kaca yang panas terus kedalam acuan yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu kiri dan kanan dan tak lama selepas itu bila acuan dibuka maka terjadilah botol ini dan terjadilah jalur acuan pada tepi botol akibat dari penyambungan dua bahagian acuan tadi. Entah korang paham ke tidak aku membebel ni?? Tapi kecacatan pada botol ini yang buat aku pelik.. Kenapa?? Mari kita tengok keanehan botol ni.
Nampak biasa saja.
Nampak??
Tak nampak jugak??
Biar aku letak anak panah pada botol ni..
Tiada jalur pada tepi perut botol ini.
Sebelah kanan adalah gambar botol 'embossed' biasa. Ketara dapat dilihat jalur acuan pada botol ini, tapi tidak pada botol pelik ni(gambar kiri). Ini kerana jalur botol ini berada di tengah-tengah botol bukannya di tepi seperti biasa.
Jika dilihat dari gambar di bawah ini, jalur acuan pada botol ini melalui bawah tulisan logo 'Coca' dan 'Mark' bermakna tulisan kaca timbul bertindih dengan jalur acuan, mencadangkan yang tulisan logo Coca-Cola pada botol ini dicetak di atas jalur acuan, bermaksud juga setelah siap botol ni dibentuk, barulah tulisan logo itu dicetak pada botol ni. Dua kali kerja?? Mungkin ke macam tu?? Bukan buat sekali harung je ke?? Ini yang aku pelik??!!
Friday, July 22, 2011
'REGD' YANG TELAH LAMA MENGHILANG.
Botol Coca-Cola tempatan bertanda 'Trade Mark Regd' tidak dinafikan merupakan antara variasi yang amat susah untuk diperolehi bagi aku, bukan setakat sekarang malah memang susah aku nak jumpa dari dulu lagi. Sejak kembali aktif memburu botol ni hampir dua tahun barulah botol ni muncul, muncul pun dalam stor sendiri jugak setelah aku buat sesi pembersihan botol di stor aku baru-baru ini. Kondisi botol ini tidaklah memberangsangkan sangat tapi jadilah untuk dibuat rujukan. Kali ini aku paparkan botol-botol Coca-Cola kaca tempatan yang aku ada setakat ini.
Setakat ini aku ada enam belas biji sahaja dari botol kaca Coca-Cola tempatan ni. Mungkin ada lagi yang aku belum ada yang ahli botologi di luar sana ada, tidak mustahil kerana botol soda Malaya kita ni sentiasa memberi kejutan. Ini yang membuatkan koleksi botol soda Malaya kita ni menarik! Mungkin nanti ada lagi variasi lain akan muncul?? Kemugkinan tu sentiasa ada.
Tuesday, July 5, 2011
SCHWEPPES BOTOL BATU.
Sebelum aku meneruskan dengan paparan kali ini ingin aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Kak Liza(kedaiipohloken.blogspot) kerana telah berjaya menganjurkan 'Garage Sale' baru-baru ini di Anggerik Mall, Shah Alam. Bagi aku 'event' tersebut berjaya kerana berjaya mengumpul peniaga-peniaga dari jauh seperti Johor dan Perak serta dari Kuala Lumpur dan Selangor. Walaupun pengunjung tidak seramai Amcorp Mall, P.J atau pasar pagi, Shah Alam, aku percaya para peniaga tidak balik dengan tangan kosong malah peniaga dari jauh juga kata orang balik modal dan dapat untung walaupun datang dari jauh. Ini menunjukkan 'Garage Sale' baru-baru ini mendapat sambutan walaupun baru sahaja diadakan. Jika diteruskan dari masa ke semasa, aku percaya 'Garage Sale' di Anggerik Mall boleh mengumpul pengunjung atau pembelinya yang tersendiri. Potensi untuk tempat ini menjadi setaraf dengan Amcorp Mall adalah tinggi kalau ianya dikendalikan dengan betul. Bukan sahaja untuk menjual barangan tapi 'event' sebegini dapat mengeratkan perhubungan sesama peniaga dan 'collector' di samping dapat bertukar-tukar idea dan pandangan. Terima kasih kepada Mie(wangsenggetjb.blogspot) dan juga Halim(junkeripoh.blogspot) kerana menyokong dan menolong aku dan kawan-kawan yang lain. Ada rezeki kita buat lagi!
Berbalik kepada tajuk kali ini adalah botol Schweppes tanah liat atau lebih dikenali dengan nama 'Stone Bottle'(Botol Batu) di England, yang aku percaya agak tua usianya. Ini kerana teknologi penggunaan kaca belum ada atau belum meluas pada masa dahulu dan kebanyakan pinggan, cawan, gelas dan juga botol diperbuat dari tanah liat. Botol ini bukannya aku korek dalam tanah tapi dihadiahkan oleh kawan yang juga terjebak dalam arena botologi ini.
Aku tak pasti tarikh botol ini diperbuat tapi dari kajian aku dari sejarah botol-botol sebegini di internet ianya dikeluarkan seawal kurun ke-18 lagi. Kiranya botol ini memang betul-betul antik. Biasanya botol sebegini digunakan kerana ia dapat menyimpan air dalam jangka waktu yang agak lama dalam erti kata lain, air yang disimpan di dalam botol tanah liat ini dapat bertahan lama dari rosak dan kebanyakan botol tanah liat ini digunakan untuk mengisi air yang untuk dieksport ke luar negara. Jenis air minuman yang biasanya diisi dalam botol batu ini adalah air halia atau dalam bahasa Inggerisnya 'Ginger Beer'. Botol ini dibuat dalam beberapa saiz dan ini adalah salah satu saiz dari botol Schweppes tanah liat yang telah sampai ke bumi Malaya kita ini. Dengan ukuran 17cm tinggi dan ukur lilit 23cm, botol ini juga dipercayai antara keluaran botol Schweppes yang terawal berkemungkinan sebelum botol 'Torpedo' lagi.

Terdapat cop nama syarikat dipercayai pembuat botol ini 'Bourne Denby'(England) di mana tauke kilang botol tanah liat ni bernama Joseph Bourne dan telah mengasaskan 'Denby Pottery' dalam tahun 1809.
Labels:
Aerated Bottle,
Schweppes,
Schweppes Stone Bottle
Subscribe to:
Posts (Atom)