Saturday, June 5, 2010

Membeli Kerepek Di Tanjung Karang..

Semalam dalam pukul 3 petang bro Sham roger aku mengajak temankan dia beli kerepek.. Lokasi agak jauh iaitu Tanjung Karang, kerana di situ kerepek best katanya.. Aku ok je.. Dalam perjalanan biasalah mata melilau, radar dah ter 'ON' secara automatic! Tapi tak dapat kesan apa-apa yang menarik sepanjang perjalanan yang mengambil masa sejam. Pukul 4 petang kami dah settle beli kerepek.. Kerepek nak buat kenduri, penuh kat belakang kereta..





Dalam perjalanan balik tu lah kami terserempak dengan permandangan yang indah ni.. Apa lagi, signal kekiri, gostan!! Peti kayu botol soda kampung ni tersergam indah di tepi kedai runcit yang agak oldschool..



Setelah tinjauan di buat ternyata seperti yang di duga, hanya botol-botol soda kampung terbaring, tak ada botol-botol yang menarik minat kami berdua.. Macam biasalah bro Sham kita, tak berpuas hati.. Pandangan di alihkan kepada semak yang nampak tenang di belakang kedai..


Semak yang tenang..




Semak yang tenang jangan disangka tiada botol! Kurang 30 saat tinjauan, terpacul mulut botol soda dari semak seperti anak burung dalam sarang kelaparan!




Jemberan pertama terus mendapatkan hasil yang agak lumayan untuk aku yang sibuk nak menyimpan botol coke sepeti-sepeti ni! Dapat la botol coke tulisan 'COKE' putih.. Kondisi pun kira ok lah datang dalam tanah bawah semak! Melihatkan kepada keajaiban penemuan tadi bro Sham kita terus rakus!! Tangan dia sepantas kilat di 'Transform' jadi sabit! Habis semua kawasan semak yang tenang tadi bagai di landa 'GERODA'! Cemas jugak aku tengok!
Setelah menyelongkar semak dalam setengah jam, ini lah hasilnya.. Kami menjumpai botol coke Trade Mark Registered cont 285ml yang memang cun kondisinya tapi sayang, patah tengkuk..



Botol-botol 7up, Mirinda dan Kickapoo(ada je kau ni mana-mana!)
Tak kurang hebat F&N Everytime,
kondisi warna logo agak baik..



Pepsi 80an dan Coke 90an..




Askar-askar Coke yang telah di tawan!




Sejam berada di lokasi, setelah beribu titik peluh tumpah ke semak ini lah saja hasil pemburuan kami berdua.. Jember yang kira boleh lah ni! Tapi tu lah 'thrill' korek botol ni, bak kata mak Forest Gump, "Life is like a box of chocolate, you wouldn't know what you're going to get.." Itu lah keindahan memburu botol, kita takkan tahu apa yang kita akan dapat, di sini lah datang keseronokan dan kepuasannya..









6 comments:

  1. dasat betul skill sahabat kita ni, tangan boleh jadi sabit. ari tu pakai selipar jer, hehehe.

    kerepek tu offer la sikit, makan dgn cili sos sedap tu :)

    ReplyDelete
  2. Haha! member kita tu memang dasyat! bawak gi korek memang tak sia-sia! haha!
    Alamak! semalam lupa la nak bawak kerepek tu!!

    ReplyDelete
  3. banyak jugak korang jumpa botol. kalau bawak mesin potong rumput lagi best, happy la tuan tanah :)

    ReplyDelete
  4. bro..klu free2 nnt..ksik tunjuk ckit bro botol pepsi 80'an yg dpt tu..terase nk tgk lh..mne tau ade yg pelik2 ke....hehe

    ReplyDelete
  5. chenta.. kau bukak blog Malaya Ayer Lamenet tu, semua ada..

    ReplyDelete
  6. Bro FR.. kalau pakai mesin rumput habis la tercantas kepala botol!! hahaa!

    ReplyDelete