Sunday, April 10, 2011

THE LIONS OF FRASER AND NEAVE 200ML.

Jika entri yang lepas aku telah paparkan singa-singa F&N dari botol 'embossed' 400ml, paparan kali ini aku ingin berkongsi pula dengan anda semua ahli-ahli botologi singa F&N dari botol 'embossed' 200ml. Mari kita lihat perbezaan dan keunikan singa-singa kaca ini.

Mula-mula mari kita saksikan singa-singa yang dalam kedudukan melintang. Singa melintang ini merupakan dari variasi terawal botol F&N 200ml ini sekitar era 30an. (Klik pada gambar untuk gambaran yang lebih jelas).





Untuk pengetahuan anda semua, mengikut kajian aku dan kawan-kawan seperjuangan yang lain, makin hodoh atau makin kasar cetakan logo singa pada botol bermakna lebih lamalah umur botol tersebut. Dan ini pula singa-singa yang dalam kedudukan menegak atau berdiri, sekitar era 40an.







Botol yang kedua akhir yang memaparkan singa yang berdiri dan agak kurus merupakan variasi botol 'embossed' yang terakhir(mengikut kajian aku, mungkin ada pendapat lain) kerana di tapak botol tertera 'SG' yang bermakna Singapore Glass bukan lagi Barnard & Sons Ltd seperti lazimnya kerana pada peringkat ini botol ini telah dikeluarkan di Singapura bukan lagi diimport dari London dan botol yang bertanda 'SG' ini walaupun yang terakhir atau terbaru yang dikeluarkan tetapi amat sukar dijumpai kerana tidak dikeluarkan banyak kerana telah masuk botol era cetakan dakwat selepas itu sekitar era 40an-50an.

Begitulah hebat, menarik dan uniknya botol F&N 'embossed' ini. Jika di negara barat harga botol-botol soda ini boleh mencecah hingga puluhan ribu kenapa tidak botol-botol soda kita?? Hanya masa menentukan. Akan tetapi keunikan sebenar botol soda Malaya kita ini adalah dari segi nilai sejarahnya yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit..