Tuesday, July 5, 2011

SCHWEPPES BOTOL BATU.

Sebelum aku meneruskan dengan paparan kali ini ingin aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Kak Liza(kedaiipohloken.blogspot) kerana telah berjaya menganjurkan 'Garage Sale' baru-baru ini di Anggerik Mall, Shah Alam. Bagi aku 'event' tersebut berjaya kerana berjaya mengumpul peniaga-peniaga dari jauh seperti Johor dan Perak serta dari Kuala Lumpur dan Selangor. Walaupun pengunjung tidak seramai Amcorp Mall, P.J atau pasar pagi, Shah Alam, aku percaya para peniaga tidak balik dengan tangan kosong malah peniaga dari jauh juga kata orang balik modal dan dapat untung walaupun datang dari jauh. Ini menunjukkan 'Garage Sale' baru-baru ini mendapat sambutan walaupun baru sahaja diadakan. Jika diteruskan dari masa ke semasa, aku percaya 'Garage Sale' di Anggerik Mall boleh mengumpul pengunjung atau pembelinya yang tersendiri. Potensi untuk tempat ini menjadi setaraf dengan Amcorp Mall adalah tinggi kalau ianya dikendalikan dengan betul. Bukan sahaja untuk menjual barangan tapi 'event' sebegini dapat mengeratkan perhubungan sesama peniaga dan 'collector' di samping dapat bertukar-tukar idea dan pandangan. Terima kasih kepada Mie(wangsenggetjb.blogspot) dan juga Halim(junkeripoh.blogspot) kerana menyokong dan menolong aku dan kawan-kawan yang lain. Ada rezeki kita buat lagi!

Berbalik kepada tajuk kali ini adalah botol Schweppes tanah liat atau lebih dikenali dengan nama 'Stone Bottle'(Botol Batu) di England, yang aku percaya agak tua usianya. Ini kerana teknologi penggunaan kaca belum ada atau belum meluas pada masa dahulu dan kebanyakan pinggan, cawan, gelas dan juga botol diperbuat dari tanah liat. Botol ini bukannya aku korek dalam tanah tapi dihadiahkan oleh kawan yang juga terjebak dalam arena botologi ini.

Aku tak pasti tarikh botol ini diperbuat tapi dari kajian aku dari sejarah botol-botol sebegini di internet ianya dikeluarkan seawal kurun ke-18 lagi. Kiranya botol ini memang betul-betul antik. Biasanya botol sebegini digunakan kerana ia dapat menyimpan air dalam jangka waktu yang agak lama dalam erti kata lain, air yang disimpan di dalam botol tanah liat ini dapat bertahan lama dari rosak dan kebanyakan botol tanah liat ini digunakan untuk mengisi air yang untuk dieksport ke luar negara. Jenis air minuman yang biasanya diisi dalam botol batu ini adalah air halia atau dalam bahasa Inggerisnya 'Ginger Beer'. Botol ini dibuat dalam beberapa saiz dan ini adalah salah satu saiz dari botol Schweppes tanah liat yang telah sampai ke bumi Malaya kita ini. Dengan ukuran 17cm tinggi dan ukur lilit 23cm, botol ini juga dipercayai antara keluaran botol Schweppes yang terawal berkemungkinan sebelum botol 'Torpedo' lagi.


SCHWEPPES BOTOL BATU.


Terdapat cop nama syarikat dipercayai pembuat botol ini 'Bourne Denby'(England) di mana tauke kilang botol tanah liat ni bernama Joseph Bourne dan telah mengasaskan 'Denby Pottery' dalam tahun 1809.




Kemungkinan besar penutupnya
dahulu menggunakan gabus.

8 comments: