Wednesday, September 14, 2011

PETI KAYU KUNING 'MINUM-LAH'

Sudah lama aku tak bersiaran, makhlumlah berhari raya sakan, baru minggu ni keadaan agak reda sikit dari melayan 'open house' di rumah kawan-kawan. Balik kepada tajuk di atas, bila sebut sahaja pasal variasi sudah tentu ramai pengumpul terutama yang mengumpul botol, gelas atau yang seangkatan dengannya akan cenderung untuk mencari variasi sesuatu barangan yang dikumpul samada dengan sengaja atau tidak termasuklah aku. Variasi atau siri sesuatu barangan yang aku maksudkan sebagai contoh botol. Misalnya botol Coca-Cola, apabila telah menjumpai sesuatu model atau jenis kita tidak akan berhenti di situ sahaja, kita akan cenderung untuk mencari lagi jenis-jenis lain samada perbezaan dari sudut bentuk atau grafik pada botol itu. Aku selalu tertarik kepada perbezaan grafik pada botol kerana perbezaan ini selalunya berkait rapat dengan tarikh atau masa barangan itu dikeluarkan, semakin lama semakin berbeza kerana cara pengiklanan diubah mengikut kesesuaian masa.

Kali ini aku bukan hendak bercerita tentang botol, tetapi peti kayu untuk mengisi botol(Crate).
Sejak awal menjerumuskan diri dalam mengumpul botol ini satu jenis peti kayu sahaja dari jenama Coca-Cola yang aku tahu iaitu yang berwarna merah bertulisan putih. Makin lama beberapa variasi lain aku jumpai dengan tidak sengaja. Semenjak dari itu pemburuan untuk variasi yang lain menjadi fokus aku. Apa yang aku tahu setelah lama dalam bidang ini, peti kayu Coca-Cola yang berwarna kuning adalah lebih lama dari yang berwarna merah seperti gambar di bawah. Jika kita lihat peti kayu dari barat pun antara peti kayu yang terawal adalah yang berwarna kuning bertulisan merah.

Apa yang menarik tentang peti ini adalah tulisan grafiknya yang tertulis 'MINUM-LAH'. Jika sebelum ini peti yang aku jumpai yang berwarna kuning tertera 'Drink' dan aku sama sekali tidak menyangka tulisan dalam bahasa melayu wujud pada peti berwarna kuning ini. Aku anggarkan tahun peti ini dikeluarkan antara tahun 60an keatas berpandukan kepada cetakan grafik pada tepi peti ini yang tertera 'Property of Lion (Malaya) Ltd'. Ini kerana perkataan 'Ltd' atau 'Limited' tidak lagi digunakan pada peti kayu yang dikeluarkan dalam tahun 70an keatas dimana ia telah digantikan degan perkatan 'Sdn. Bhd'(Sendirian Berhad) atau gabungan 'Pte. Ltd'. Aku juga pernah menjumpai peti F&N yang tertera tahun dikeluarkan iaitu 1964 yang juga menggunakan perkataan 'Ltd' dan dari situlah aku menganggarkan tahun keluaran peti ini. Mari kita layan gambar peti kayu Coca-Cola tempatan yang menarik ini.


Peti kayu Coca-Cola kuning, 'MINUM-LAH'.


Tulisan 'MINUM-LAH' yang agak lonjong atau tinggi.
Sesuatu yang jarang kita lihat pada peti kayu Coca-Cola tempatan.


Tulisan Cina di bahagian belakang.



Tertera 'PROPERTY OF LION (MALAYAN) LTD.




Jelas kelihatan kesan kehausan dari tapak botol.


Cuma yang aku masih musykil ialah peti ini digunakan untuk mengisi botol Coca-Cola tempatan dari variasi yang mana?? Adakah botol bertulisan putih yang terawal?? Masih dalam siasatan aku..

6 comments:

  1. siasat en megat..jangan tak siasat. macam edisi siasatlah pulaj.

    ReplyDelete
  2. tahniah bro, crate minum-lah warna kuning ini bolehlah dikira sebagai item of the year utk tahun 2011, selain dari Dingbat coke & Poster coke SEHA (ini berdasarkan matematik en mat dimana barangan tersebut kurang berada di pasaran dan kurang di lihat). Semakin para collector memburu semakin banyak barang yang tak disangka telah muncul dan mencuri tumpuan para pengkaji barangan keluaran Malaya serta memeningkan kepala para collector item tersebut. Yang pastinya crate ini telah menambah pengkatalogan item yang perlu dihunting oleh para collector walaupun hakikatnya mustahil hendak mendapatnya apatah lagi pada tahun 2011 ini. Selepas ini entah apa pulak barangan coke dari bumi malaya yang akan muncul dan membuat kejutan. Tetapi seperti biasa, jika ada info sama-sama lah kita share di alam cyber ini bak kata pepatah melayu Ular Menyusur Akar Tidak akan Hilang Bisanya. Wallahualam.

    ReplyDelete
  3. Ya en. Mat.. saya setuju dengan saudara.. Yang penting usaha dan berseronok dengan hobi yang amat menarik ni.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum .. lama sungguh Ajeyy tidak berblog .. update pun dah lama .. blogwalking blog sahabat2 pun dah lama x buat ..

    hehe, jom baca dan komen 2 entry latest dari Ajeyy :

    http://ajeyyrawk.blogspot.com/2011/09/diari-hari-raya-aidilfitri-2011.html


    http://ajeyyrawk.blogspot.com/2011/09/nikon-get-together-at-kota-bharu.html


    have a nice day gengs :))

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum!!!!bro nk ty de xbotol warna merah bahagian bawah ke dalam??

    ReplyDelete