Thursday, October 13, 2011

PETI KAYU JAWI.

Selalunya apabila terjumpa peti kayu botol wajib ada yang bertulisan rumi. Tulisan cina juga selalu kita lihat pada peti-peti kayu contohnya seperti, Coca-Cola, Mirinda, Pepsi, Sinalco. Semua tulisan-tulisan ini memainkan peranan penting khususnya jika kita hendak ketahui dari mana asal peti ini dan di mana ianya dipasarkan. Selalunya yang bertulisan rumi dan cina menunujukkan ianya pasaran tempatan berdasarkan pengalaman aku memburu benda-benda ini. Lainlah kalau terjumpa yang bertulisan Siam atau Rusia, dah sah-sah bukan keluaran tempatan!

Salah satu jenama yang ingin menarik perhatian orang melayu pada waktu dulu adalah Long Chan dari Melaka. Ini kerana aku rasa jenama inilah satu-satunya yang menggunakan tulisan jawi sebagai strategi pengiklanan. Mungkin ada lagi jenama lain yang menggunakan tulisan jawi cuma aku tak pernah jumpa. Kalau dilihat pada botol Long Chan juga terdapat tulisan-tulisan jawi dan variasi botol Long Chan ini dibezakan oleh tulisan jawinya juga. Aku anggarkan peti kayu ini di keluarkan sekitar tahun 60an berdasarkan pengikat dawai yang digunakan di tepi untuk mengukuhkan lagi peti ini. Penggunaan zink sebagai pengukuh selalunya terdapat pada peti keluaran tahun 70an ke atas. Kondisi agak cemerlang untuk peti yang telah berumur 50 tahun ini cuma tulisan di bahagian tepi sudah pudar. Siapa pandai baca jawi??


Peti kayu Long Chan dengan tulisan Jawi.


Perkataan di bahagian atas tertera: Cap ayam dan dunia..
(Yang ni aku pasti sebab ayam 'bapak' tu duk bertenggek atas bumi!)
Perkataan di bahagian bawah tertera:
Eerr.. Limuu.. limu.. limau.. Kit.. Limau kita!! Limau kita?? Betul ke??

Tolong sesiapa yang pakar tulisan jawi ala 60an bacakan makna perkataan di bahagian bawah tu?? Beku otak aku memikir...

4 comments:

  1. cap ayam dan dunia, yg bawah tu limonit dalam tulisan jawi... bukan limau kita...he3 betul yg abaj ckp tu lemonade.

    ReplyDelete
  2. sekali aku baca bunyi arab daaa,aku rasa dia nak tulis lamnet

    ReplyDelete
  3. Eh?? Ye la betul la korang nih!! Limunit bunyinya! Tq! Tq!

    ReplyDelete