Thursday, February 9, 2012

PHOENIX AERATED WATER CO., LTD.- KOLA POP.

Antara Jenama botol soda kegemaran aku adalah jenama Phoenix Aerated Water Co., Ltd. dan merupakan antara jenama botol soda yang terawal aku dapat dari hasil mencarigali botol. Botol soda ini mula dipasar kan di Singapura dan Malaya sejak awal 1900 lagi dan antara jenama yang terkenal pada ketika itu. Tidak hairanlah kerana keunikannya jenama ini masih popular sekarang di kalangan pencinta botol soda tanah air. Bagi aku botol ini antara botol soda yang mempunyai reka bentuk grafik yang amat menarik yang memaparkan burung Phoenix yang merupakan burung mitos dari Cina dan dipopularkan oleh barat iaitu burung yang mampu bertukar menjadi api. Ada banyak lagi seni reka grafik yang berlainan dari jenama ini kerana botol soda ini mempunyai banyak lagi variasi. Kali ini aku ingin paparkan variasi botol Phoenix 200ml yang bagi aku agak berlainan dari kebiasaan yang aku pernah dapat iaitu Phoenix Kola Pop.


Jika dilihat dari hadapan, botol ini tiada beza dengan dua 'adik-beradik'nya yang lain. Tapi apabila dipusingkan kebelakang, ternyata botol ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.






Phoenix Aerated Water Co.,Ltd. 200ml


PHOENIX KOLA POP

Bahagian hadapan


Bahagian belakang





Jenis tulisan Kola Pop yang sememangnya
'oldschool'















Bahagian belakang botol ini mempunyai satu 'ribbon/Flag' atau reben/bendera berwarna merah yang memaparkan tulisan Kola Pop yang bagi aku menyatakan perasa air botol ini berbeza dari dua variasi botol ini pada gambar terawal. Apa yang aku tahu perasa Kola Pop ini atau lebih popular di barat dengan nama 'Pop Soda', ia adalah sejenis air soda yang apabila dibuka penutupnya akan mengeluarkan bunyi 'Pop' dan apabila dituangkan ke dalam mulut, air berkarbonatnya cukup kuat sehingga akan berlaku letupan kecil/halus semasa meminumnya dan ini adalah suatu tarikan yang popular dalam industri air soda tanah air ketika itu dan masih lagi popular di barat sehingga kini.


Mungkin ada lagi variasi lain dari jenis botol Kola Pop ini?? Mungkin yang bereben hijau, ungu atau biru? Kemungkinan itu sentiasa ada dan ini membuatkan hobi mengumpul botol soda Malaya ini cukup menarik dan akan berterusan.

No comments:

Post a Comment