Saturday, April 14, 2012

F&N EMBOSSED 'SG'

Di penghujung pengeluaran botol bercetak kaca timbul sekitar awal 50an F&N tidak lagi menggunakan W. M Barnard & Sons Ltd London sebagai jenama acuan(moalding) sebaliknya menggunakan acuan dengan jenama tempatan ketika itu iaitu SG(Singapore Glass). Warna hijau juga tidak digunakan lagi pada botol-botol ini.


F&N 'Embossed' 400/200 ml.





400ml


200ml


400ml

200ml

Sunday, March 4, 2012

THE LIONS OF F&N 400 ML PRINTED

Beberapa variasi singa F&N berkapasiti 400 ml 'printed' yang ada dalam simpanan. Layan!















Masih mencari versi-versi F&N ini yang aku rasa masih banyak lagi. Jom 'jember' botol!!

Friday, March 2, 2012

BOTOLOGI MALAYA DALAM INTERAKTIF BERITA HARIAN(iBH) UNTUK APLIKASI iPAD.

Baru-baru ini sewaktu pameran botol yang berlangsung di Ipoh Station kami dikunjungi oleh wartawan dari Berita Harian yang mengendalikan dan menyiarkan berita dalam bentuk interaktif. Berita mengenai Botologi Malaya diabadikan dalam Interaktif Berita Harian(iBH) untuk aplikasi iPad dalam bentuk 'slide show'. Berikut adalah beberapa gambar dari iBH. Terima kasih Ikhwan(Basikal Malaya) dan Huzaimi dan rakan-rakan dari Berita Harian!









Sesiapa yang mempunyai iPad bolehlah memuat turun 'slide show' ini dari iBH.

Saturday, February 25, 2012

SOUTHERN AERATED WATER CO. JOHORE BAHRU

Namanya sahaja 'Southern' yang bermaksud Selatan telah jelas menunjukkan negeri kelahiran botol ini yang merupakan negeri di Selatan tanah air iaitu Johor atau lebih tepat bandar Johor Bahru. Kombinasi warna grafik iaitu kuning dan merah merupakan strategi yang tepat oleh pereka grafik kerana warna ini memang menyerlah dan menarik perhatian kita. Selain dari itu kualiti cat atau dakwat yang digunakan amat baik kerana setelah terbenam di dalam tanah lebih tiga dekad logo pada botol era 60an ini masih lagi dalam keadaan yang cukup baik. Keretapi berkuasa wap menjadi pilihan pereka grafik dan kita boleh faham zaman dahulu keretapi merupakan salah satu kenderaan pengangkutan yang amat penting selain dari itu mungkin juga untuk menampakkan kekuatan dan gah air soda ini kepada orang ramai. Masih lagi dengan koleksi 200ml kerana kebanyakan yang aku keluarkan dari tanah adalah dari Pantai Timur dan aku sendiri tidak tahu kenapa saiz 200ml ini begitu sinonim di sebelah sana. Saiz 400ml pula tiada dalam simpanan dan aku percaya ada pengumpul botol diluar sana menyimpan versi 400ml botol ini. Variasi lain dari botol ini juga tidak pernah aku lihat dan kemugkinan besar masih ada lagi versi-versi lain dari jenama ini.



Southern Aerated Water Co.

Johore Bahru.



Logo Keretapi Berkuasa Wap


Tertera: This Bottle Belongs to Southern Aerated Water Co. Johore Bahru.



Khabarnya kilang Southern ini masih ada di Johor Bahru samada ianya masih beroperasi atau tidak aku tak pasti. Tugas geng Botologi dari Johor untuk buat siasatan. Kalau ada hasil hulur-hulur lah bro!

Thursday, February 9, 2012

PHOENIX AERATED WATER CO., LTD.- KOLA POP.

Antara Jenama botol soda kegemaran aku adalah jenama Phoenix Aerated Water Co., Ltd. dan merupakan antara jenama botol soda yang terawal aku dapat dari hasil mencarigali botol. Botol soda ini mula dipasar kan di Singapura dan Malaya sejak awal 1900 lagi dan antara jenama yang terkenal pada ketika itu. Tidak hairanlah kerana keunikannya jenama ini masih popular sekarang di kalangan pencinta botol soda tanah air. Bagi aku botol ini antara botol soda yang mempunyai reka bentuk grafik yang amat menarik yang memaparkan burung Phoenix yang merupakan burung mitos dari Cina dan dipopularkan oleh barat iaitu burung yang mampu bertukar menjadi api. Ada banyak lagi seni reka grafik yang berlainan dari jenama ini kerana botol soda ini mempunyai banyak lagi variasi. Kali ini aku ingin paparkan variasi botol Phoenix 200ml yang bagi aku agak berlainan dari kebiasaan yang aku pernah dapat iaitu Phoenix Kola Pop.


Jika dilihat dari hadapan, botol ini tiada beza dengan dua 'adik-beradik'nya yang lain. Tapi apabila dipusingkan kebelakang, ternyata botol ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.






Phoenix Aerated Water Co.,Ltd. 200ml


PHOENIX KOLA POP

Bahagian hadapan


Bahagian belakang





Jenis tulisan Kola Pop yang sememangnya
'oldschool'















Bahagian belakang botol ini mempunyai satu 'ribbon/Flag' atau reben/bendera berwarna merah yang memaparkan tulisan Kola Pop yang bagi aku menyatakan perasa air botol ini berbeza dari dua variasi botol ini pada gambar terawal. Apa yang aku tahu perasa Kola Pop ini atau lebih popular di barat dengan nama 'Pop Soda', ia adalah sejenis air soda yang apabila dibuka penutupnya akan mengeluarkan bunyi 'Pop' dan apabila dituangkan ke dalam mulut, air berkarbonatnya cukup kuat sehingga akan berlaku letupan kecil/halus semasa meminumnya dan ini adalah suatu tarikan yang popular dalam industri air soda tanah air ketika itu dan masih lagi popular di barat sehingga kini.


Mungkin ada lagi variasi lain dari jenis botol Kola Pop ini?? Mungkin yang bereben hijau, ungu atau biru? Kemungkinan itu sentiasa ada dan ini membuatkan hobi mengumpul botol soda Malaya ini cukup menarik dan akan berterusan.

Tuesday, January 31, 2012

RAJA BAIK PULIH EPISOD AKHIR.

Sebelum ke episod akhir Raja Baik Pulih ingin aku mengucapkan tahniah kepada geng-geng Botologi kerana telah berjaya menganjurkan satu acara yang aku rasa kali pertama diadakan di rantau Semenanjung ni. Bagi aku ini adalah sejarah dan detik manis kepada pencinta botol soda tanah air. Mula-mula aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada En. Azlan pemilik restoran Ipoh Station Antique Cafe di Puchong kerana sentiasa menyokong aktiviti geng Botologi. Tidak lupa kepada geng Botologi yang lain, En. Mat, Sham, Nazrin, Amir, Wadi, Fitri, penaja dan pencipta peta Botol Soda Malaya iaitu saudara Faizal atau Blurguy, tidak lupa juga kepada Mie(Wang Segget) dan Capit kerana bertungkus lumus memastikan peta botol soda Malaya sampai ke lokasi pameran. Dan tidak lupa kepada dua rakan aku yang bertungkus lumus juga menolong aku menyiapkan 'bottle display unit' untuk pameran iaitu Mat Wey dan Di.

Terima kasih kepada yang hadir terutama kepada wakil JAWS dari Johor iaitu bro Zul dari Larkin dan wakil PAIP iaitu En. Mior dari Ipoh. Bagi aku pameran tempoh hari kira berjaya walaupun ada beberapa cacat cela yang tak dapat kami elakkan kerana kesuntukan masa. Kami akan cuba lagi perbaiki prestasi di masa akan datang. Di harap acara-acara begini akan berterusan di masa hadapan, apa yang penting sokongan dari anda semua pencinta botol soda tanah air. Terima kasih tak terhingga!


Kembali kepada episod Raja Baik Pulih yang terakhir kali ini mari kita saksikan..


Di bengkel Mat Wey..



Mat Wey sedang bertungkus lumus menyiapkan tong ais ini untuk diserahkan kepada
Man Rani petang nanti di pameran Botologi.


Saya tak tau nak cakap apa dah bang, tensyen ni takut tak siap! Lagi dua jam saya kena serahkan kepada Man Rani di Pameran botologi nanti! Tepi sikit bang saya nak buat keja ni!-Mat Wey.


Kami krew pengambaran terus brundur untuk tidak membuat Mat Wey mengamuk, kami beri laluan untuknya berkarya dengan tenang....


Kami segera ke lokasi pameran botologi..


Dalam restoran Ipoh station..


Man Rani sedang menunggu Mat Wey sampai.



Saya dah tak sabar nak tengok peti ais Coca-Cola saya ni. Mat wey tak sampai-sampai lagi ni. Entah siap ke tidak ni. Risau juga saya ni bro! Tapi takpe saya akan tunggu dengan sabar walaupun dah tak berapa sabar dah ni, perut pun dah naik pedih ni, kang perut Mat Wey pulak saya tumbuk nanti! Takde bang, gurau je!!-Man Rani.

Sejam berlalu..


Akhirnya muncul juga tong ais Man Rani yang telah siap!

Siap sampai dengan troli kayu Coca-Cola lagi!!


Waah! Wey! Kau cerita sikit apa yang kau dah buat kat tong ais aku ni??-Man Rani.


Aku 'restore' balik la bro!! Apa raa! Hehe! Ye la bro, 'sand blast', 'sand paper', kikir, cat dan aku ikut huruf logo Coca-Cola yang 'original' untuk era masa tong tu la, era 90an, tulisan agak berbeza sikit dari yang terbaru, lagi-lagi 'ribbon device' pada logo ni ada satu jalur warna kelabu, kena hayati betul-betul bro baru boleh jadi!-Mat Wey.


Owh.. macamtu ka Weyyy! Ok lah, aku puas hati dengan kerja kau. Terima kasih banyak-banyak! Ada job lain aku 'roger' lagi kau! Tq Wey!-Man Rani


Kelihatan Man Rani bersalaman dengan Mat Wey. Entah apa la yang mereka 'deal' kami krew penggambaran pun tak tahu! Yang pasti kedua-duanya berpuas hati dengan apa yang mereka dapat!


Sekian dari, Raja Baik Pulih.


Sunday, January 8, 2012

T-SHIRT BOTOLOGI MALAYA YANG KE-2.

Botologi kembali dengan pameran botol soda seperti yang telah anda sedia makhlum info di blog en. Mat kita. Maka T-Shirt Botologi sekali lagi muncul dengan reka bentuk baru yang lebih mengancam sempena pameran ini nanti. Jadi sesiapa yang berminat dengan baju ini bolehlah menempah dengan meletakkan nama, saiz dan kuantiti di ruangan komen. Untuk pengetahuan semua baju hitam dahulu akan dicetak seperti gambar di bawah. Harga baju seperti tahun lepas juga RM35. Kepada yang berminat jasa baik anda diminta untuk meletakkan deposit RM20 untuk sehelai untuk aku buat modal permulaan, biasalah bajet tak cukup sebab nak buat itu dan ini lagi. Boleh bank in ke akaun aku di Maybank: MEGAT SHAZRIN 162218521627, sesudah bank in sila sms aku di 012-2868721 untuk 'conformation'. Baju yang telah siap nanti akan aku hubungi, T-shirt boleh diambil terus sebelum atau semasa pameran nanti. Jadi apa tunggu lagi, cetakan adalah terhad, siapa cepat dia dapat!! Jom meriahkan pameran botol soda Malaya nanti!!






T-SHIRT BOTOLOGI MALAYA









RM35 SAHAJA!